Friday, May 28, 2010

Drretak Kedumdum

Drretak kedumdum
Kertak ditich tichh
Dum tak kali dum
Krepich kerdah dahh

Tak kalim krretak
Tak kadlum drretak
Ting tak keting ting
Tim kat dum pak chak
Tim pah ghung
Ta ta tak

Dum tak ketim pah ghung
Cin tak cin tak
Takedum dumm
Dum drretakk
Tak kedak kedum
Ta ta ching
Tah dretah ketah
Cing cin ching
Tah tahh

07 : 16 a.m
26 Mei 2010
Bunyian mulut dan hati secara spontan.

p/s : Bunyian ini adalah hasil aku sendiri dikala tidak ada apa-apa.
Tempo 90. Juga boleh dibuat triplet.
Uuntuk notasi skor marching band amat dialukan. Tadaaaaa..........

P a g i





Pagi hari tu aku rasa amat syahdu. Walaupun bukan di kampung halaman, aku dapat rasakan serpihan syahdu itu. Hanya berbekalkan bahan asap, bilik legap gelap, angin deru si kipas elektrik, juga hembusan si angin alam, masih sejuk menyelimuti, kicau burung sahut sahutan mencari makan, lagak si burung ikut serta manusia ke kantor. ;)

Kurniaan alam si matahari masih belum menembusi sinar pagi, dua pasang mata kusam aku masih degil, terus menerus membugil kornea mata. Aku tersenyum tatkala sendirian. Terkenang kampung halaman. Mungkin ketika ini, si ibu di kampung kalut menyiapkan sarapan, melayan anak kecil siap ke sekolah. Enak juga menghirup air teh buatan ibu. Aku rindu......

Aku tersandar kini. Melayan cicipan burung kecil. Buku bakal menemani aku seperti biasa sebelum mata lelap. Telinga ini menyapa rintik embun, barangkali mengharap titis hujan selimut sekali. Tup tap tup tap embun berdetik. Bagai metronom lagaknya.

Ini saja titipan aku di kala pagi syahdu. Buku menanti untuk diratah lagi dan lagi. Ini juga bebelan aku di pagi hari. Sampai ketemu lagi di alam maya nanti.

Terima kasih pada yang sudi menjengah di kotak tulis aku ini....


06 : 50 a.m
26 Mei 2010
pagi hari yang bikin aku senyum.
Terima kasih pagi... ;)

Tuesday, May 25, 2010

D i a




Dia itu indah
Dia itu baik
Dia itu sabar
Dia itu kelakar
Dia cekal
Dia itu penyayang

Tapi dia itu lalai kadangkala
Tapi dia itu blur kadangkala
Tapi dia itu kurang peka kadangkala
Tapi dia itu cengeng kadangkala
Tpi dia itu aku sayang

Kerana tiada insan yang sempurna
Tapi insan punya rasa cinta
Rasai dan kasihi seadanya
Kelak nanti bila tiada
Kau menyesal selamanya.


08 : 27 p.m
21 Mei 2010
Qaseh akan dia. ;)

Be s a r tapi K e c i l

Sia - sia kau besar
Jika kau besar tapi otak kau masih kecil
Kasihan aku
Rugi kau
Kasihi apa yang kau punya
Nikmati apa yang ada
Biar tidak sempurna
Janji tidak melara

Wednesday, May 19, 2010

T i t i s





Hujan merembes lagi
Syahdu dapat kuungkapi
Derai tangis si awan pada bumi
Seru menanti
Lekanya sepi
Pasti.

Tangisnya bikin semua girang

Detup detap bumbung berlubang
Rembes merembes selang menyelang
Aku yang tadi suram kini terang.

Nanti terus nanti
Deraian yang tidak henti
Ku pinta ianya menyelubungi
Seluruh sanubari.


Mula tenang
Khayal dan senang

Semuanya bagai diulit mambang
Menghayati si renyai yang makin kurang.

Titis titik embun
Hirup dalam-dalam biar tersusun
Fikrah ku jelang meruntun
Agar ia terus mengalun


Kasih pada dia

Syukur padaNya
Masih sayang akan kita
Dingin terasa
Ahh indahnya.


Tangis si awan makin lenyap
Mungkin letih, makin senyap
Aku terus henyak
Ku biarkan titis itu ratah isi bumi
Sentuh kulit si bayi

Dingin di hati.

Tandanglah lagi

Pinta hati
Oh seru sang diri
Hanya sekali ia pergi
Pasti kembali.


Biarkan rembesan itu mencium pipi
Kuyup di dahi

Kusemai titis itu di diri
Aku kini bagai sang pari
Indah terperi
Tatkala titis itu bermandi
Basah diri sendiri.

Oh titis hujan jangan kau pergi
Jamah aku ini
Ku ingin lagi
Pinta aku tak mau henti
Cinta aku pada Ilahi

Ia suci..


08 : 22 p.m
18 Mei 2010

dimana aku sembah pada bumi.