Tuesday, June 29, 2010

Foto di Penang












Gambar-gambar di atas adalah hasil tangan aku sendiri. Lokasi di Bukit Indera Muda, Pulau Pinang. Aku ke sini kerana merayakan majlis perkahwinan kakak angkat aku iaitu, Siti Rahena.
Majlis perkahwinan ini berlangsung pada 19 Jun 2010 di rumah pengantin perempuan di Taman Desa Murni, Sungai Dua Pulau Pinang, iaitu dimana tempat aku membesar pada dahulunya. Keesokan harinya pula di rumah pengantin lelaki di Bukit Indera Muda, Pulang Pinang. Sangat terharu dan gembira melihat rakan juga kakak yang selamat diijabkabul pada waktu itu. Terimbau kembali saat-saat kami dibesarkan bersama.

Ingin aku kongsi bersama tentang aku dan kakak palsu ini. hehehe.. Kami kenal dan rapat sewaktu sekolah lagi. Keluarga dia, adalah keluarga aku juga. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku menghabiskan masa di sana. Pada waktu terluang, kami akan luangkan masa dengan berborak, kak Rahena akan bermain gitar dan aku pula menyanyi, dan kadang-kadang kami menyanyi bersama-sama. Di rumah dia, selalu karaoke bersama dan ibu (emak kepada kak Rahena) akan menjadi pengkritik tetap aku. Terima kasih ibu! :) Waktu ini sangat kaya dengan kasih sayang dan bimbingan. Aku pasti tidak akan lupa saat-saat manis bersama. :)Terima kasih semua.....



Monday, June 21, 2010

Lagi L u k a





Mata
Mata pedih
Mata sedih

Salah
Buruk dijunjung
Baik dipunggung
Aku tersorong

Tabah
Bagaimana kau bisa berdiri
Jika kau masih duduk

Lari
Gapai dan pergi
Gamit mentari

Pasti
Aku genggami
Gari di hati

Tuhan
Dampingi aku
Yang amat perlu


01 : 15 a.m
18 Jun 2010
redha ;')

Monday, June 14, 2010

Ini adik cool saya.



Ini adalah adik kecil aku yang terakhir sekali. Nama adik kecil aku ini ialah Ainur Hanani. Motif aku letak gambar adik kecil ini bukan lah sebab apa. Hal ini sebab aku nak kongsi dengan kalian semua, yang acap kali aku tengok gambar ini, pasti akan membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku pun tak pasti mengapa. Tapi mungkin juga lucu! ya lucu! Adik kecil aku pada waktu ini bagi aku adalah sangat cool!! hehehe...

Gambar ini diambil sewaktu kami ke Tesco Taiping. Adik menjadi pembonceng aku. Usianya 9 tahun. Di sini ingin aku lampirkan sedikit perwatakannya. Adik aku ini sangat petah berkata-kata. Juga boleh dikatakan mulutnya agak laser! huhu.. Kadangkala dia bercakap tanpa memikirkan hati orang lain. Aku juga pernah kena tempias dari mulut comel dia itu. Walaupun usianya belum menjangkau dewasa, masih kanak-kanak, tetapi perawakan dan cara pemikiran seakan mirip orang dewasa. Dia boleh memberi kata perangsang secara tidak sengaja dan bagi aku boleh diterima akal dan diguna pakai.

Kuat makan juga ini budak kecil.. Tapi badan tetap juga kecil. Wajahnya sangat mirip aku. Bukan sebab dia mirip aku, sebab tu aku kongsi sama kalian.. Ini sebab gambar comelnya tadi. Lalu sengaja berkongsi sama. Perangainya juga seakan sama. hehe.. (tak boleh cerita semua tentang perangai itu,mungkin ada juga yang memalukan) hehe.. Adik kecil aku juga mempunyai laman sosial iaitu Facebook. Boleh mencarinya di Facebook aku ya.

Itu sahaja coretan tentang adik kecil comel aku..Ainur Hanani. Gambar dia COOL!!!! :)


Sunday, June 13, 2010

Ibarat Keroncong


Bila kau sedih
Dia bersama
Dia mendengar
Dia setia
Dia temani kau walau apa cara

Ibarat keroncong
Yang sentiasa mendendang irama asyik
Mendayu-dayu
Buat kau hanyut
Mengalir air mata kasih
Titisan syukur
Dia kasih akan kau

Lembut syahdu
Lemah kau, kuat dia
Lemah dia, kuat kau
Itu namanya kasih
Indah

Ibarak cak dan cuk
Di dalam ritma keroncong
Tiada ia, tiada keroncong
Sentiasa perlu
Buatkan ia terus berkeroncong
Indahseni itu
Indah juga dia untuk kau

Seni bikin semuanya berkait
Begitu juga kau dan dia
Rancak bergelora
Keroncong kau hebat
Bisa bikin hati tersenyum megah
Langsung tenang
oh....


04 : 06 a.m
12 Jun 2010
Senyum Keroncong :)

Tuesday, June 8, 2010

K o s o n g




Kosong
Tak punya apa
Dipinggir
Dikecam
Dituduh

Pilu
Sayu
Bila tiadanya aku
Agaknya mereka itu aman

Mulut ini jahat
Aku yang jahat
Pemikiran aku jahat
Aku lah jahat
Aku jahat

Harta
Kaya
Aku tak punya
Hati siapa yang pandang
Mereka buta

Aku sendiri
Mereka pasti suka
Untuk apa aku di sini
Kalau hanya untuk dicaci dikecam

Biarlah aku
Kerana aku kosong
Tiada apa

Tak mengapa
Aku akan pergi
Pergi tanpa mereka sedari
Buang jauh-jauh
Berbahagialah mereka
Aku ingin pergi
Ingin sendiri
Kosong.


04 : 13 a.m
07 Jun 2010
Kosong.

Friday, June 4, 2010

Perginya Penggiat Seni Tradisional RAHIM JANTAN


RAHIM JANTAN click

Beliau yang berusia 63 tahun telah selamat menghembuskan nafas terakhir pada 31 Mei 2010, pada jam 11.30 malam di kediaman beliau, Taman Rasmi Jaya, Ampang Selangor. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Cheng, Melaka sebelum solat Zuhur pada 01 Jun 2010.

Beliau adalah seorang Tenaga Pengajar di dalam jurusan Vokal Tradisional di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA. Beliau juga adalah guru aku. Aku memanggil beliau dengan gelaran 'Pak Rahim' Mengajar aku vokal tradisional selama 2 tahun. Anak beliau, Zuri adalah rakan aku di dalam Fakulti Muzik di Aswara.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan bagi aku. Mungkin tempiasnya itu lebih kerana beliau adalah guru aku. Aku dan keluarga amat memuja beliau di dalam arena muzik tradisional. Terasa tidak percaya dan bangga sekaligus kerana menjadi pelajar beliau. Aku mendapat berita tentang pemergian beliau dari abah aku. Abah menghantar pesanan ringkas melalui handphone aku.

Namun aku tidak akan dapat melupakan jasa baik beliau mengajar aku dan jasa memartabatkan irama tradisional di Malaysia ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada beliau. Semoga Tuhan merahmati Rahim Jantan...amin....

Di sini ingin aku lampirkan kata-kata dan semangat beliau yang buat aku kagum..

Dulu masa sekolah, Cikgu Jaafar sering menyuruh saya menyanyi Negaraku secara solo sewaktu perhimpunan. Entahlah. Mungkin Cikgu Jaafar nampak bakat seni dalam diri saya agaknya.

“Sejak itulah timbul minat untuk bermain alat muzik pula. Kalau tengok orang main, saya selalu berkata kalau aku main mesti lebih baik. Selepas belajar main harmonika, saya beralih pada biola. Nak beli tak mampu, saya buat biola daripada papan lapis. Kemudian pergi main dan buat latihan suara di dalam hutan,” ceritanya mengenai kesungguhannya untuk mendalami ilmu muzik.

Akhirnya ayah pun menghadiahkan biola kepada saya. Bukan saja ayah, tetapi seorang pemain biola terkenal di kampung saya iaitu Cik Kemat turut memberikan saya sebuah biola setelah melihat kesungguhan saya dalam bidang muzik,”

Jasamu tak akan aku lupa Pak Rahim...






Tup ia Berdetip

Tadi ia berdetup
Berdetip pula
Dingin menghembus lagi
Teruja barangkali
melayan diri di kamar sendiri
Ingin terus begini

Layar dibentang
Sauh ditebar
Mau belayar meninggal waktu di situ
Kau tak terhingga dalam keadaan separuh sedar
Yang juga menjadi permintaanmu
Aku terus syahdu belenggu
Senyum membisu

Kadangkala aku ingin sendiri
Ia seperti begini
Tersisip rindu
Terselit salju
Bikin aku terus
Ya rindu

Tawa kau nun di sana
Sunyi aku hanya di sini
Pasti mau kau gembira terus

Lebat di luar
Bingit memecah gegendang deria
Menghias ritma halwa telinga
Pabila ia tiba
Aku jadi gembira
Hujan akhirnya

Kaku di sini
Alam juga yg kekal menemani
Senyum lah kau di sana
Kerna aku juga cuba tersenyum


05 : 16 a.m
05 Jun 2010
kamar ini syorga aku.


Thursday, June 3, 2010

Ini kisah mentari & bumi






Emas warnanya
Tatkala mata tersisip susuk mentari
Indah tak terperi
Mata ini seakan mati berkedip
Percikan emas menbanjiri si pohon hijau merembang

Di celah litup daun, muncul panahan mentari
Sisip kabus jelas terlihat
Aku yang tadi, kagum menatap
Detik di hati memuji kurnia penciptanya
Alam juga bisa berkata
Perlu antara satu
Aku jadi taksub
Memuja percintaan bumi dan mentari
Terus rasa seperti mahu sembah langsung ke bumi

Awan nan biru seakan berada di pentas
Mengorak lenggok tari
Si awan ada yang begitu, ada juga begini
Pelbagai rupa dan aksi dapat disaji
Tersingkap dikala aku kecil
Meneka bentuk apakah awan?
Kadang berupa bayi, naga, wajah seakan ternganga
Ahh kagum lagi
Hebat si awan menari

Sebentar tadi mata ini menjamu
Pohon-pohon yang sedia sujud paba bumi
Yang tak lagi bisa megah berdiri kembali
Kepentingan sebilangan manusia bongkak diri
Aku takut jika suatu hari nanti
Pohon merimbun akan terus mencium bumi
Tanpa bangun bangun lagi
Anak-anak akan datang tidak dapat nikmati
Akan indahnya alam ini
Yang suci tanpa dinodai

Bisik aku pada mentari
Oh mentari, sinar lah dikau sepanjang azali
Terangi setiap pelusuk bumi
Aku tersenyum dan berdoa agar mentari muncul lagi.


06 : 22 p.m
02 Jun 2010
Bas ke syorga.