Tuesday, June 29, 2010

Foto di Penang












Gambar-gambar di atas adalah hasil tangan aku sendiri. Lokasi di Bukit Indera Muda, Pulau Pinang. Aku ke sini kerana merayakan majlis perkahwinan kakak angkat aku iaitu, Siti Rahena.
Majlis perkahwinan ini berlangsung pada 19 Jun 2010 di rumah pengantin perempuan di Taman Desa Murni, Sungai Dua Pulau Pinang, iaitu dimana tempat aku membesar pada dahulunya. Keesokan harinya pula di rumah pengantin lelaki di Bukit Indera Muda, Pulang Pinang. Sangat terharu dan gembira melihat rakan juga kakak yang selamat diijabkabul pada waktu itu. Terimbau kembali saat-saat kami dibesarkan bersama.

Ingin aku kongsi bersama tentang aku dan kakak palsu ini. hehehe.. Kami kenal dan rapat sewaktu sekolah lagi. Keluarga dia, adalah keluarga aku juga. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku menghabiskan masa di sana. Pada waktu terluang, kami akan luangkan masa dengan berborak, kak Rahena akan bermain gitar dan aku pula menyanyi, dan kadang-kadang kami menyanyi bersama-sama. Di rumah dia, selalu karaoke bersama dan ibu (emak kepada kak Rahena) akan menjadi pengkritik tetap aku. Terima kasih ibu! :) Waktu ini sangat kaya dengan kasih sayang dan bimbingan. Aku pasti tidak akan lupa saat-saat manis bersama. :)Terima kasih semua.....



5 comments:

  1. hehe..mmg cantik ain edit..thanx adik.. love u

    ReplyDelete
  2. thanks akak.. atas bantuan auntie ashie juga. hahaha. i love u too kakak! :)

    ReplyDelete
  3. thanks wong..saya budak baru blajo..hehe. :)
    ni lah wajah2 kakak angkat aku tu..hehe.

    ReplyDelete
  4. yello miss ain! ribu-ribu bintang mari..sudah ada nuffnang, hati saya banyak cenang!

    ReplyDelete