
Beliau yang berusia 63 tahun telah selamat menghembuskan nafas terakhir pada 31 Mei 2010, pada jam 11.30 malam di kediaman beliau, Taman Rasmi Jaya, Ampang Selangor. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Cheng, Melaka sebelum solat Zuhur pada 01 Jun 2010.
Beliau adalah seorang Tenaga Pengajar di dalam jurusan Vokal Tradisional di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA. Beliau juga adalah guru aku. Aku memanggil beliau dengan gelaran 'Pak Rahim' Mengajar aku vokal tradisional selama 2 tahun. Anak beliau, Zuri adalah rakan aku di dalam Fakulti Muzik di Aswara.
Pemergian beliau adalah satu kehilangan bagi aku. Mungkin tempiasnya itu lebih kerana beliau adalah guru aku. Aku dan keluarga amat memuja beliau di dalam arena muzik tradisional. Terasa tidak percaya dan bangga sekaligus kerana menjadi pelajar beliau. Aku mendapat berita tentang pemergian beliau dari abah aku. Abah menghantar pesanan ringkas melalui handphone aku.
Namun aku tidak akan dapat melupakan jasa baik beliau mengajar aku dan jasa memartabatkan irama tradisional di Malaysia ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada beliau. Semoga Tuhan merahmati Rahim Jantan...amin....
Di sini ingin aku lampirkan kata-kata dan semangat beliau yang buat aku kagum..
“Dulu masa sekolah, Cikgu Jaafar sering menyuruh saya menyanyi Negaraku secara solo sewaktu perhimpunan. Entahlah. Mungkin Cikgu Jaafar nampak bakat seni dalam diri saya agaknya.
“Sejak itulah timbul minat untuk bermain alat muzik pula. Kalau tengok orang main, saya selalu berkata kalau aku main mesti lebih baik. Selepas belajar main harmonika, saya beralih pada biola. Nak beli tak mampu, saya buat biola daripada papan lapis. Kemudian pergi main dan buat latihan suara di dalam hutan,” ceritanya mengenai kesungguhannya untuk mendalami ilmu muzik.
“Akhirnya ayah pun menghadiahkan biola kepada saya. Bukan saja ayah, tetapi seorang pemain biola terkenal di kampung saya iaitu Cik Kemat turut memberikan saya sebuah biola setelah melihat kesungguhan saya dalam bidang muzik,”
Jasamu tak akan aku lupa Pak Rahim...
No comments:
Post a Comment