Wednesday, April 28, 2010

K a s i h i D i r i

Kau punya kekasih? Kau kasih akan kekasih kau? Bagi aku, itu bagus bagi kau kerana punya rasa kasih itu. Kasih itu amat nikmat bagi aku. Kasih itu akan lebih molek jika kau lebih kasih pada diri sendiri. Tidak rugi jika kasih pada diri sendiri, kau juga yang untung. Tiada siapa yang dapat menandingi kasih pada kau selain kau kasih akan ia...bahagia.....

Hargai diri.. Jadi diri sendiri bagi aku sangatlah indahnya. Kau senang akan diri kau, orang akan senang pada kau. Kau mau rasa senang dari orang? ya..mudah.. hanya perlu jadi diri sendiri. Susah? entah......

"Eh..cool juga jika aku macam dia, pemikiran macam itu, join yang ini, jadi yang itu, tiru dia, baru orang pandang aku, baru nampak ilmiah, baru cool, baru mereka pun tau aku juga sebahagian dari itu."
Wahh...seronok jika macam-macam baru ya! kasihan.... Kasihan kerana kau tidak yakin akan diri kau. Kata kau, orang sedemikian inginkan perhatian.. Kata aku, mudah saja jika mau perhatian, kau jadi insan yang baik, tidak menyusahkan orang ramai, simpan saja cerita dongeng ilusi sendiri ( dongeng ini bermaksud, cerita angan-angan yang kau pernah ada itu, buat ini, paling itu dan ini, dengan niat untuk menyatakan kau juga canggih ). Jika kau menjadi semua itu, ya..kau sudah berjaya mengasihi diri sendiri dan sudah pasti disayangi dan diberi perhatian dari orang ramai. Itu baru COOL! Aman rasanya bukan......

* Tulisan ini adalah dorongan dan kata semangat untuk orang yang kurang kasih sayang atau
atau tidak lagi sayang diri sendiri. Dalam erti kata yang lain, ubahlah wei! Aku dah rimas!
lemas! kebas! panas!

* Kisah ini lahir kerana aku sangat dekat dengan hal ini. harap maklum.



Insan yang tidak sempurna, tapi amat sayang akan dirinya,
28 April 2010
09 : 43 a.m
Kamar.



Tuesday, April 20, 2010

S e m a k

Semak
Semak otak
Semak menyemak
Nyah lah kau Si Semak
Ishh...menyemak!

Kau wujud sebagai penyemak
Semak itu kau
Kau lah Si Semak!
Usah disoal apa yang semak
Yang pasti kau tetap menyemak
Semak pulak...aduhh....

Semak...semak...
Mau ku henyak ini penyemak
Kau pikir orang suka kau menyemak?
Kau apa tau
Pulanglah kau ke kancah wahai Si Semak
Aduhai Si Semak....menyemak.


Lokasi : di tempat dimana si semak itu menyemak.
08 : 38 a.m
20 April 2010

H i d u p & T e r b a n g





Ini satu lagi kisah pada aku judulnya terbang. Kau tau apa itu terbang? Terbang....terbang melayang layang.. Indah rasanya bukan jika aku, kau, dia, mereka bisa terbang. Terbang terawang, jauh di awan, rasa seakan tak mau hinggap dimana mana. Bebas melayang.....indah! Bisa kemana tanpa batasan. Siapa pun tidak bisa menghalang aku terbang, aku punya sayap
sendiri yang bawa aku kemana saja, aku punya suka! ;D
Terbang dapat bawa aku lari dari pelbagai propaganda yang menerpa. Jauh...jauh dari anasir bodoh, otak si tepu, pencerita kote, si sibok penjaga luar dalam hal orang, penyemak, hipokrit bodoh, otak cetek, macam - macam lagilah. Bila hah? Bila aku akan bisa terbang.....

Dapat aku melihat pelbagai bila aku terbang.. Terbanglah...terbang si Ain terbang....
Ya...aku bisa terbang hanya di alam mimpi..sudah...aku terbang dulu ya...lalalala~



Friday, April 16, 2010

S i K e c i l

+Kecil..
Aku sayang dia akan dahulunya,
Kini tetap sayang..
Kurang..ya ia ada sikit kurang,
Lemah tak berdaya ku luah,
Telan ia seakan sakit,
Dalam sakit itu,
Sayang tetapi sakit..aduhhh..

Kau tau akan ubatnya?
Agar sakit perih ini tak akan aku rasai!
Tak mau! aku tak mau!
Aku tak mau rasa indah akan sayang itu hilang,
Tapi Si Kecil itu yang berusaha agar kasih itu pergi..
Sabar, tabah, kekal atau akan hilang begitu..
Aku tak tau..

Ingat lagi ketika kami sama-sama kecil,
Sendaloka sama-sama,
Tidur juga bersama,
Mandi juga sama..
Tidur juga bersama,
Lebih manis, kami pegang erat tangan antara satu sama lain hingga tutup mata..
Ya..kami tidur..
Rindu saat itu,
Dan pasti sukar untuk aku ke masa dulu,
Di hati aku pasti!
Pasti akan semat jauh..dalam-dalam, dalam hati!

Si Kecil..dengarlah rintihan yang mungkin kecil bagi kamu..
Kau sudah hilang rasa kasih itu?
Tak terkira deraian air mata ini,
Tak terkira jugalah rasa kasih pada kau Kecil!
Tidak mengapa..janji kau gembira..
Tapi satu pinta aku wahai Si Kecil...
Jangan kau hilang kasih itu pada keluarga..
Sayang aku pada Si Kecil sampai mati..
Oh Tuhan, lindungilah Si Kecil aku itu.



perit,sedih,
16 April 2010,
19 : 11 pm,
Cova Square.

Monday, April 5, 2010

H i d u p & L a u t





Hidup.... Semua benda hidup bernyawa. Nyawa adalah satu bekalan untuk setiap benda yang hidup.
Maknanya jika tiada nyawa, maka tiadalah hidup itu. Dari situ dapat aku buat konklusi bahawa kita sebagai insan di dunia ini sangat bergantung harap pada apa - apa saja. Aku juga tidak terkecuali dari bergantung itu.
Pelbagai ragam hidup yang dapat aku kenal selama aku hidup ini. Aku juga masih tidak kenal akan perjalanan hidup aku sendiri barangkali. Tapi, cukup aku katakan pelbagai ujian telah aku lalui dari hidup ini.
Ada suka, duka, jatuh, bangun, merangkak, melompat, berlari, tersungkur, terdampar, ia pelbagai....
Matlamat dan tujuan hidup aku memang sudah sedia ada. Cuma apa yang perlu adalah untuk aku mengorak ke arah tujuan aku itu. Sukar... memang sukar...tapi cubalah!

Sebenarnya ingin aku kongsi tentang apa yang aku impikan dalam hidup ini. Walaupun umur aku telah menjangkau alam 20an, tapi masih banyak dalam hidup ini yang belum aku ada dan rasa, dan masih belum puas! ya..manusia sememangnya tidak pernah puas! Laut... Apa kena mengenanya laut dengan hidup aku ini? Aku sangat gemarkan laut! sangat! Jika boleh aku ingin menghabiskan sisa hidup aku di tepi laut...waaahhhh! Bagi aku laut itu menyenangkan, indah, tenang, damai, luas... Banyak yang ingin aku buat jika berada di tepi laut! (sedang menaip sambil tersenyum! ) Mungkin aku suka berangan, jika aku berada di tepi laut, maka boleh aku berangan sambil mencari idea apa saja. Aku selalu terbayangkan yang aku sedang menulis ketika di tepi laut sambil menunggu matahari terbenam...indah bukan! Ambil gambar setiap detik di laut. Kawan- kawan, ayuh kita ke laut!!!!!!
Banyak lagi yang aku ingin kongsi bersama secara rawak tentang hidup aku. Tapi kali ini hanyalah laut, sebab aku sedang menulis sambil mendengar lagu yang membuatkan perasaan aku seperti di laut... ;)



Pulau Tiga, Sabah.

B e k u

Bila hati, mata jadi satu,
Semua jadi kaku,
Fikiran kian tepu,
Kata Si Busu,Lemparkan saja batu,
Agar hilang tepu itu.

Hahahaha......
Letih...letih bertelagah pada sang tepu,
Hanya tau menipu, bertalu - talu,
Kutu beribu....
Lembu pun tidak begitu,
Huuhh......

Hidup kini tak pernah lari dari hantu,
iya....hantu....
Adakah tidur bermimpikan hantu itu syahdu?
Syahdu bila ada batu?
Batu atau debu?
Kaku......
Tetap kaku....

Akukah Si Dungu?
Hantu punya Si Tepu!
Bagaimana, apa cara berlaku.

Aku......
Aku tetap satu,
Aku tetap sukakan itu dan satu,
Kerna satu itu syahdu....ya, syahdu!

Bulu aku berbulu,
Hahaha....
Kelu kata Si Balu,
Katanya balu itu penuh bulu,
Malu......
Sudahlah jika malu,
Jika malu duduk saja di pintu,
Wahai pintu, tutup jika kau malu.


14 March 2010,
13 : 12 pm,
Amcorp Mall.

A k u . . . .

Aku Ain.
Terima qaseh kerana meluangkan masa untuk menjengah ruang pikisan yang tak seberapa ini.
Wujudnya ruangan ini dari aku adalah semata mata ingin berkongsi apa saja, suka suka, saja saja, lala lala.
Menulis, adalah salah satu hobi aku saja di kala lapang. Ini adalah pertama kali hasil tulisan aku dipamerkan di ruang alam maya ini. Segala karya dari jiwa.... s o u l . . . . . .
Terima qaseh kalian.... ;)