Kau punya kekasih? Kau kasih akan kekasih kau? Bagi aku, itu bagus bagi kau kerana punya rasa kasih itu. Kasih itu amat nikmat bagi aku. Kasih itu akan lebih molek jika kau lebih kasih pada diri sendiri. Tidak rugi jika kasih pada diri sendiri, kau juga yang untung. Tiada siapa yang dapat menandingi kasih pada kau selain kau kasih akan ia...bahagia.....
Hargai diri.. Jadi diri sendiri bagi aku sangatlah indahnya. Kau senang akan diri kau, orang akan senang pada kau. Kau mau rasa senang dari orang? ya..mudah.. hanya perlu jadi diri sendiri. Susah? entah......
"Eh..cool juga jika aku macam dia, pemikiran macam itu, join yang ini, jadi yang itu, tiru dia, baru orang pandang aku, baru nampak ilmiah, baru cool, baru mereka pun tau aku juga sebahagian dari itu."
Wahh...seronok jika macam-macam baru ya! kasihan.... Kasihan kerana kau tidak yakin akan diri kau. Kata kau, orang sedemikian inginkan perhatian.. Kata aku, mudah saja jika mau perhatian, kau jadi insan yang baik, tidak menyusahkan orang ramai, simpan saja cerita dongeng ilusi sendiri ( dongeng ini bermaksud, cerita angan-angan yang kau pernah ada itu, buat ini, paling itu dan ini, dengan niat untuk menyatakan kau juga canggih ). Jika kau menjadi semua itu, ya..kau sudah berjaya mengasihi diri sendiri dan sudah pasti disayangi dan diberi perhatian dari orang ramai. Itu baru COOL! Aman rasanya bukan......
* Tulisan ini adalah dorongan dan kata semangat untuk orang yang kurang kasih sayang atau
atau tidak lagi sayang diri sendiri. Dalam erti kata yang lain, ubahlah wei! Aku dah rimas!
lemas! kebas! panas!
* Kisah ini lahir kerana aku sangat dekat dengan hal ini. harap maklum.
Insan yang tidak sempurna, tapi amat sayang akan dirinya,
28 April 2010
09 : 43 a.m
Kamar.
No comments:
Post a Comment