Monday, December 27, 2010

gambar ini diambil sewaktu aku dalam bas menuju ke KL.


anda nampak apa ada di situ. aku dapat di damansara damai.

kucing ini sedang berteduh.

Wednesday, December 22, 2010

Terus hingga terurus

Kadangkala kita tidak sedar
Bahawa di sekeliling kita
Segalanya tidak sekata
Segalanya tidak sehala
Kita juga tidak sedar
Bahawasanya kita dihimpit
Tertindas sambil menindas

Terus alpa
Ada yang baru teruja

Telinga dipekakkan
Walaupun seruan dikelola
Diri dibekukan
Otak dibuntukan
Sendiri direlakan
Kerana patuh pada seruan kerajaan

Kononnya menjadi rakyat yang patuh
Tunduk pada raja
Daulat dengan menjilat
Akur tanpa kita tahu
Kenapa ia harus

Masih belum terlambat
Untuk kita bangkit
Mengetahui akan segalanya
Kerana hakikatnya dunia ini adil

Seru biar ramai
Gamit berpanjangan
Semangat berterusan
Pasti masa memihak pada kita
Ia bukan ilusi
Tapi pasti


18 Disember 2010
06 : 35 a.m
Laungan.

Monday, December 6, 2010

Pantai ini kita yang punya@menyambut hari ulangtahun Ain Qaseh & Aliph Azmi. :D

Ini dari bahagian hadapan. Janis Joplin live performance on stage! :)
Inilah hadiah yg paling aku teruja, pemberian Love, Ashie Ridzuan. Terima kasih sayang. :)

Ini rupa dari bahagian belakang Tshirt Janis Joplin.
Janis Joplin's Signature




Bersepakat bersama kawan-kawan untuk pergi ke pantai Port Dickson pada tarikh tersebut untuk bercuti dan sekaligus menyambut hari ulangtahun aku dan sahabat Aliph Azmi. Kami memulakan perjalanan pada malam hari dalam pukul 10 malam ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Dengan 2 buah kereta kami bergerak. Perasaan sangat gembira kerana tak sabar untuk tiba ke destinasi. Perjalanan agak lambat kerana jalan raya agak sesak di Kuala Lumpur. Setelah melepasi Tol Sungai Besi, perjalanan semakin stabil.

Hahaa...detik 12 malam yang dinantikan iaitu Tanggal hari la
hir aku (5 Disember) telah tiba sewaktu di dalam perjalanan. Aku tertidur seketika kerana agak letih dan bangun tidur awal untuk persediaan makan-makan di pantai nanti. Sewaktu tidur, tersisip kedengaran nyanyian Happy Birthday & Allah selamatkan kamu oleh rakan-rakan di dalam kereta dan juga buah hati aku. Sangat indah terasa walaupun disambut di dalam kereta! wuhuuu! Terima Kasih kalian! :D

Seterusnya, perjalan berhenti seketika di Perhentian Rehat & Rawat Seremban untuk rehat sebentar. Keadaan hujan renyai ketika itu. Kami semua keluar kereta dan sekali lagi rakan-rakan seramai 9 orang menyanyikan lagu Happy Birthday secara kuat dan gilang gemilangnya di situ berhampiran Stesyen Minyak Petronas! Indah sekali lagi kawan-kawan!! Terima kasih semua! Hati aku berbunga-bunga keriangan dan terharu sangat. :)

Hujan seperti hampir lebat, kami masuk ke dalam kereta kemb
ali dan meneruskan perjalanan. Hampir sampai ke Port Dickson, hujan agak lebat. Kami risau kerana memikirkan bagaimana ingin membuat barbeque dan menyalakan api kerana hujan amat lebat. Sesampainya di Port Dickson lebih dalam pukul 2 pagi,(agak lewat kerana jalan sesak & hujan lebat)kami ke Bundle Port Dickson sambil mencuci mata sambil menunggu hujan berhenti. Hati agak lega kerana akhirnya hujan akur dengan kehendak kami. :)

Oleh kerana masa cepat berlalu, kami cepat-cepat menuju ke des
tinasi pantai yang terpencil. Yeahhhh! untuk pengetahuan kalian, tempat ini gak terpencil dari bandar Port Dickson. Seperti yg diharapkan, hari kami saja di pantai itu!!! wowwww! Terasa seakan pantai itu kami yg punya! :D Tanpa lengah lagi, kami cepat2 menyediakan tempat utk dibakar dan dalam masa yg sama, kami kelaparan. hahaha! Semua menjalankan tugas masing2.

Upacara bakar me
mbakar telah berlangsung. Makanan sgt banyak! Makan sehingga muntah! Dalam keriuhan itu, tiba2 buah hati aku, Ashie Ridzuan memberi sebungkus balutan kemas berupakan hadiah. waahhh! perasaan melonjak waktu itu. Aku membaca kad di bungkusan hadiah yg berpesan, "dah buka nanti jangan menangis" Aku agak hairan dan tidak sabar utk melihat apakah hadiah tersebut. Terus aku nampak ada Tshirt Coklat yg cantik, dalam masa yg sama aku hairan kenapa baju itu tebal..rupa2nya ada sehelai lagi baju di dlm itu. Aku cuba teliti baju apa, dan surprise!!!!!! Baju itu merupakan baju idaman aku!!!!!!!!!! iaitu Tshirt original Janis Joplin. Janis Joplin merupakan idola aku. Aku telah lama mendambakan baju itu dan tak sangka aku dikejutkan dgn sedemikian rupa. Hanya rakan2 di situ dpt perhatikan bagaimana reaksi aku yg seperti hilang akal sebentar. hehehee! Thanks Sayang & Kawan-kawan. :D

Keriangan makin bertambah selepas itu. Sesi makan memakan semakin seronok. Dengan pelbagai keletah rakan2. terhibur dan teruja! Lewat pagi, ada rakan2 yg telah masuk ke laut dan mandi manda. huhu... Ada banyak makanan yg masih belum diusik lagi. Jadi bayangkan masih banyak lagi makanan dan kami ada memberi sedikit makanan kepada pengawal di bangunan yg berdekatan. Setelah hari semakin cerah, kami bersama2 mengemas barang utk pulang. walaupun kepenatan, tetapi kegembiraan menyelamatkan keadaan. Sebelum berangkat pulang kami mengmbil foto beramai2 sebagai kenangan di masa nanti. Terima kasih kawan2 kerana sama2 memeriahkan keadaan! 5 Desember 2010 @ Port Dickson adalah detik yg terindah bersama kalian! :D

Lots Of Love, Ain Qaseh. :)

*terima kasih kawan2 yg menyertai dan menghiburkan kita semu
a iaitu,
Ashie, Wong, Paddy, Epool, Aliph, Nazi, Okap, Wan,
Azan, Ekey dan 2 rakannya, Nana & Wan




Persembahan nyanyi nyanyian Happy Birthday di Hentian Seremban.


With my intan payung liplap2, Ashie.
Selepas menyanyi2 dengan berlatarbelakangkan Stesyen minyak Petronas, Seremban.


Operasi membakar arang untk proses bakar membakar.


Upacara bakar membakar telah bermula yaa! makannnnn!


Semuanya kelaparan, jadi pelbagai gambarajah telah dipamerkan. yeahh!


Jadi, inilah rupa makanan yang indah itu!


Eeee....sumpah sedap weh kabeng nih!!!!


yeaahhhhh!!!!!!!!!!!

Nyanyi happy birthday kali terakhir sebelum
pulang...ure so sweet! :)


Posing kuak bebas....hahaha!

The best moment yaa!

Birthday's boy, Aliph Azmi & Birthday's girl, Ain Qaseh


Inilah rupa pantai di pagi hari. Ain & Ashie. :B


Haa ini dia tukang rancang yaa.

Ini orang kuat


Ini saja bingkisan cuti2 di pantai. :)



Friday, December 3, 2010

Lagi Kesah Tentang Ibu

Bila kutatap wajah ibu
Hati terus sayu
Kulit wajahnya dilihat penuh salju
Hatinya juga pilu
Kutatap lagi tanpa rasa jemu
Kerna dia adalah ibuku

Kufikir, si ibu ini pasti kuat
Cekal semangat
Kental kerna anak-anaknya
Walaupun hanya gembira di wajahnya
Tapi jiwa raganya merintih pedih

Itulah bagiku pengorbanan si ibu
Jerih perih ditelan
Penat letih dikumam
Agar anak-anak tidak sakit

Mata ibu seakan berkilau
Ada genang air mata
Bukan untuk diteka
Tapi harus diseka
Kononnya si anak lalai ketawa
Tapi mata ini cepat singgah pada ibu
Mak, akak mengerti mata itu

Ah, cepat benar hati ini tersentuh
Barangkali hati ini kepunyaan ibu
Kerna ibu juga begitu
Kata ibu, ibu kuat kerana anak-anak
Kata aku, akak kuat kerana ibu.


03 : 07 p.m
26 November 2010
Pulangnya seorang anak.