Wednesday, December 22, 2010

Terus hingga terurus

Kadangkala kita tidak sedar
Bahawa di sekeliling kita
Segalanya tidak sekata
Segalanya tidak sehala
Kita juga tidak sedar
Bahawasanya kita dihimpit
Tertindas sambil menindas

Terus alpa
Ada yang baru teruja

Telinga dipekakkan
Walaupun seruan dikelola
Diri dibekukan
Otak dibuntukan
Sendiri direlakan
Kerana patuh pada seruan kerajaan

Kononnya menjadi rakyat yang patuh
Tunduk pada raja
Daulat dengan menjilat
Akur tanpa kita tahu
Kenapa ia harus

Masih belum terlambat
Untuk kita bangkit
Mengetahui akan segalanya
Kerana hakikatnya dunia ini adil

Seru biar ramai
Gamit berpanjangan
Semangat berterusan
Pasti masa memihak pada kita
Ia bukan ilusi
Tapi pasti


18 Disember 2010
06 : 35 a.m
Laungan.

No comments:

Post a Comment