Tuesday, July 27, 2010

Qaseh si Ibu

Bila salju menemani hati
Mata terus kelabu
Mutiara ingin keluar bertalu-talu
Rembesan menghujani pipi
Dingin menyentuh
Rindu pada ibu

Tiada berteman
Tiada berkawan
Pujuk rayu hanya pada awan
Keluh kesah tiada siapa mendengar
Sepi menyelubungi

Ibu aku rindu lagi
Pasti tidak akan ingin berhenti
Hati jiwa meruntun pilunya

Dia tidak punya harta
Anak-anak teman hidupnya
Anak jadi hartanya
Harap kaki luka
Lekas sembuh
Mungkin tidak dapat merawat hati suci si ibu
Ibu itu rapuh
Siapa bakal membela jika tidak aku
Lelaki yang pada dahulunya adalah tunggak keluarga
Temani ibu setiap masa
Tapi......
Ibu tetap berdiri
Aku juga ingin berdiri
Teguh dan kuat seperti ibu

Titis-titis menemani lagi
Ibu mari sini
Dakapi anakmu ini
Hati ini sunyi
Moga dikuatkan hati kecil aku ini

02 : 00 a.m
25 Julai 2010
akan rindu mak.

Friday, July 23, 2010

Men j i l a t !

Hinggap kau di merata
Jilat hingga ke dubur
Senyum kau umpama kertas renyuk
Keras jijik palsu
Dampingi setiap makhluk
Jika bisa mahu kau peluk
Tiap pelusuk

Busuk si najis
Lebih busuk si mulut kau
Hanyir berlelehan
Aduh perit!

Hinggap kau pada dia
Busuk dan kotori dia
Lauk apa yang dihidang?
Tahi? najis? kudis?
Sudahlah kau begitu
Parasnya sedih
Susuknya sedih
Batin juga sedih!


07 : 10 a.m
16 Julai 2010
bangsat lagi dan lagi.

Monday, July 12, 2010

Haiwan M o l e k !





Ingin aku berkongsi tentang haiwan yang bila aku melihatnya, rasa seperti mau picit-picit buat bola! Bukan kejam, tetapi sangat geram akan kecomelannya! ya sangat!!! Haiwan ini dipanggil Red Panda
(Ailurus fulgens, or "shining cat"). Aku dimaklumkan tentang haiwan ini oleh sahabat bernama Epool. Setelah mengetahuinya, rasa ingin tahu melonjak-lonjak! Ia sangat teruja. Jika ada peluang, ingin sekali aku memiliki haiwan comel,kacak,gebu ini. Malang sekali haiwan ini terpelihara dan bukan haiwan dari Malaysia. (ingin mengetahui lanjut, sila wiki). Setiap kali melihat video Red Panda di youtube, aku tersenyum dan geli hati.

~Rasa seperti ingin bermimpi, dan bila jaganya aku sedar, Red Panda sedang lena di sebelah. :D

Saturday, July 10, 2010

T a d a h





Bila semua bisu
Otak jadi buntu
Sekitar kian kelabu
Alam penuh debu

Nafas makin sesak
Gelombang turut senak
Aku kian dihenyak

Bila bicara pada awan
Terkadang tenang
Segala tanya terjawab
Sakit terselinap
Kita punya teman
Teman tak semestinya bernyawa
Kerana alam ingin

Dihela dalam-dalam
Amati hingga kelam
Apa yang suram
Jadi tenteram

Cuba renung
Cuba tenung
Mata erat pejam
Genggam hati
Biar sebati
Sungguh tak kau sesali

Ia ada dimana jua
Duga tanpa hela
Sabar di duga
Kuat dipinta
Biar apa melanda
Tadah dengan redha


07 : 37 a.m
10 Jula 2010
soal pada bicara.

Soalan & Manusia Menjengkelkan!


  • Kau study ke kerja?
  • Kau kerja mana sekarang?
  • Kerja kerajaan ke tak?
  • Bila nak kahwin?
  • Seni ni boleh cari makan ke?

  • Orang yang konon-konon tau semua benda tapi otak kosong.
  • Sembang gebang@ceritakote.
  • Riak (kau yang paling itu, paling ini).
  • Suka tiru orang.
  • Tak ada pendirian@lalang
  • Hidup di alam dongeng sendiri (berangan je!).
  • Nak tunjuk ilmiah.
  • Konon-konon seni.
  • Jual janji.
  • Pancing kebaikan dengan wang@harta.

Friday, July 9, 2010

Secangkir Gadis





Laut menghempas, berombak deras
Sepoi hembus angin
Terus mengalun
Cantik si gadis simpuh
Helai rambut dicium bayu
Alis mata melirik
Pohon nyiur seakan tertarik

Batu terdampar
Terlihat pasir disapa
Dikuis tapi lerai juga
Payah biar ia bersahaja
Ada saja menyapa

Bisik si angin
Uraian nipis rambut
Diselak singgah tepi telinga
Terpampang raut gadis
Lembut tapi sayu
Tetap manis

Teguh dalamannya
Gadis hanya merasa
Terus hanyut lamunan
Hanya secangkir tak punya sisa

Hembusan angin berjenaka
Ditiup kurungnya
Ditutup selakan
Biar rapi, biar tersusun
Langsung ditepis
Adanya mata menyinggah

Susuk kurung berlalu pergi
Terkapai batu juga pasir
Keluk pasir bentuknya pinggul
Kian terhakis dek laut
Berpaling nun di sana
Ia lalu tunduk
Tanda tabah
Kuat sang laut menghempas
Sekuat hati si gadis

08 : 50 a.m
09 Julai 2010
melayang di pesisir.

Tuesday, July 6, 2010

Selamat datang sahabat baru Pakabu. :D





Malam semalam, seorang dari sahabat aku, Daniel telah menjumpai seekor Sugar Glider (Petaurus breviceps). Seekor haiwan yang berasal dari Australia. Daniel terjumpa di kawasan kediaman berhampiran. Istimewanya tentang haiwan ini, kaki kanannya kudung, tapi ia masih aktif dan riang melompat ke sana ke mari. Aku dan persetujuan rakan-rakan telah memberikan nama kepada haiwan tersebut 'Bubui'. Aku mendapat ilham nama 'bubui' dari judul lagu rakyat Sunda, Indonesia iaitu Bubuy Bulan. Malam semalam juga adalah sesi suai kenal antara kami dan Bubui. Kami bersepakat untuk bergilir-gilir memelihara bubui. Aku telah merasmikan hari pertama untuk memelihara bubui!
Sehari setelah memelihara bubui, ia sangat menyeronokkan. Tidak sabar untuk bangun dari tidur dan melihat bubui. Pergi beli buah epal untuk santapan Si Bubui. Nyummyy! Rakus betul bubui makan, seronok tengok bubui makan laju-lagu dengan lahapnya! Malam, bawa bubui lepak di Pakabu. Sangat aktif. Abe, tukang masak di Pakabu memberi bubui banyak makanan. Oleh kerana kekenyangan, bubui masuk ke dalam rumahnya (pouch) untuk rehat, cucikan dirinya. Bubui bikin kami gembira!!! Selamat datang bubui...... :D


ini antara contoh rumah Sugar Glider. cantik!!!