

Malam semalam, seorang dari sahabat aku, Daniel telah menjumpai seekor Sugar Glider (
Petaurus breviceps).
Seekor haiwan yang berasal dari Australia. Daniel terjumpa di kawasan kediaman berhampiran. Istimewanya tentang haiwan ini, kaki kanannya kudung, tapi ia masih aktif dan riang melompat ke sana ke mari. Aku dan persetujuan rakan-rakan telah memberikan nama kepada haiwan tersebut 'Bubui'. Aku mendapat ilham nama 'bubui' dari judul lagu rakyat Sunda, Indonesia iaitu Bubuy Bulan. Malam semalam juga adalah sesi suai kenal antara kami dan Bubui. Kami bersepakat untuk bergilir-gilir memelihara bubui. Aku telah merasmikan hari pertama untuk memelihara bubui!
Sehari setelah memelihara bubui, ia sangat menyeronokkan. Tidak sabar untuk bangun dari tidur dan melihat bubui. Pergi beli buah epal untuk santapan Si Bubui. Nyummyy! Rakus betul bubui makan, seronok tengok bubui makan laju-lagu dengan lahapnya! Malam, bawa bubui lepak di Pakabu. Sangat aktif. Abe, tukang masak di Pakabu memberi bubui banyak makanan. Oleh kerana kekenyangan, bubui masuk ke dalam rumahnya (pouch) untuk rehat, cucikan dirinya. Bubui bikin kami gembira!!! Selamat datang bubui...... :D
ini antara contoh rumah Sugar Glider. cantik!!!



comel dowh.. ;)
ReplyDeletetula pasal! gerammm! hahaha. rasa mcm nak bela byk2. haha.
ReplyDeleterindu pada bubui...
ReplyDelete