
Hidup.... Semua benda hidup bernyawa. Nyawa adalah satu bekalan untuk setiap benda yang hidup.
Maknanya jika tiada nyawa, maka tiadalah hidup itu. Dari situ dapat aku buat konklusi bahawa kita sebagai insan di dunia ini sangat bergantung harap pada apa - apa saja. Aku juga tidak terkecuali dari bergantung itu.
Pelbagai ragam hidup yang dapat aku kenal selama aku hidup ini. Aku juga masih tidak kenal akan perjalanan hidup aku sendiri barangkali. Tapi, cukup aku katakan pelbagai ujian telah aku lalui dari hidup ini.
Ada suka, duka, jatuh, bangun, merangkak, melompat, berlari, tersungkur, terdampar, ia pelbagai....
Matlamat dan tujuan hidup aku memang sudah sedia ada. Cuma apa yang perlu adalah untuk aku mengorak ke arah tujuan aku itu. Sukar... memang sukar...tapi cubalah!
Sebenarnya ingin aku kongsi tentang apa yang aku impikan dalam hidup ini. Walaupun umur aku telah menjangkau alam 20an, tapi masih banyak dalam hidup ini yang belum aku ada dan rasa, dan masih belum puas! ya..manusia sememangnya tidak pernah puas! Laut... Apa kena mengenanya laut dengan hidup aku ini? Aku sangat gemarkan laut! sangat! Jika boleh aku ingin menghabiskan sisa hidup aku di tepi laut...waaahhhh! Bagi aku laut itu menyenangkan, indah, tenang, damai, luas... Banyak yang ingin aku buat jika berada di tepi laut! (sedang menaip sambil tersenyum! ) Mungkin aku suka berangan, jika aku berada di tepi laut, maka boleh aku berangan sambil mencari idea apa saja. Aku selalu terbayangkan yang aku sedang menulis ketika di tepi laut sambil menunggu matahari terbenam...indah bukan! Ambil gambar setiap detik di laut. Kawan- kawan, ayuh kita ke laut!!!!!!
Banyak lagi yang aku ingin kongsi bersama secara rawak tentang hidup aku. Tapi kali ini hanyalah laut, sebab aku sedang menulis sambil mendengar lagu yang membuatkan perasaan aku seperti di laut... ;)
Pulau Tiga, Sabah.
No comments:
Post a Comment