Sunday, June 13, 2010

Ibarat Keroncong


Bila kau sedih
Dia bersama
Dia mendengar
Dia setia
Dia temani kau walau apa cara

Ibarat keroncong
Yang sentiasa mendendang irama asyik
Mendayu-dayu
Buat kau hanyut
Mengalir air mata kasih
Titisan syukur
Dia kasih akan kau

Lembut syahdu
Lemah kau, kuat dia
Lemah dia, kuat kau
Itu namanya kasih
Indah

Ibarak cak dan cuk
Di dalam ritma keroncong
Tiada ia, tiada keroncong
Sentiasa perlu
Buatkan ia terus berkeroncong
Indahseni itu
Indah juga dia untuk kau

Seni bikin semuanya berkait
Begitu juga kau dan dia
Rancak bergelora
Keroncong kau hebat
Bisa bikin hati tersenyum megah
Langsung tenang
oh....


04 : 06 a.m
12 Jun 2010
Senyum Keroncong :)

5 comments:

  1. "Gesang Martohartono dalam ingatan"
    1 Oktober 1917 - 20 Mei 2010

    Terima kasih kerana menghiburkan kami semua dengan lagu indahmu-Bengawan Solo

    ReplyDelete
  2. ya..terima kasih Pak Gesang..
    Pul,aku ada dpt lagu bengawan solo,Gesang duet dgn penyanyi perempuan,merdu suaranya..aduuhhh... huhuhu! :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih keroncong & ashie! :D

    ReplyDelete