Tuesday, August 23, 2011

Suatu Pagi, selamat hari bapa?

ada bapa? sayang bapa?
syukurlah jika punya bapa & terus menyayangi.
hasil ini aku coretkan pada hari bapa sedunia.
hasil ikhlas dari aku bergelar anak dan masih punya bapa. bapa?

p/s : pada hari ini baru aku punya mood untuk menaip.


Kau nampak tak tawa itu
Kau nampak tak tawa aku
Kau nampak tak tawa ibu

Kau nampak tak hibanya dia
Kau nampak tak hiba hati yang kau rasa keras
Kau nampak tak hibanya si ibu

Apa kau rasa?
Apakah lintasnya di fikiran?
Kau tanyalah aku
Aku kan anakmu
Aku bakal kata, aku tidak terkata apa

Di bibir aku dukung dia
Di hati doakan dia
Di wajah ceria yang aku cuba
Di hati aku menangis
Di hati ini perih
Atas nama kuat aku cuba
Cuba kerana kau ibu
Kau tiada celanya
Malah kau hebat!

Anak kau tanggung
Suami kau tanggung
Diri kau tak tertanggung

Kau sakit ibu
Kau mengidap diabetis
Diri kau lagi kau nak tanggung
Sakit anak anak lagi kau tanggung
Letih pula melayan suami
Yang tak ubah seperti apakah fungsinya
Apakah peranannya
Terkadang aku fikir,
Tidak punya rasakah kau BAPA?
Mana tanggungjawab bapa juga suami?
Tulikah kau? Hah? Hah?

Marah! Sungguh aku marah!
Hiba! Aduhlah bapa
Merayulah pada kau
Fikirlah kau
Kau juga dewasa sudah pun tua
Aku juga dewasa
Tidakkah kau fikir begitu?

Kau tak lah
Berdosa kau kata begitu pada takhta seorang BAPA
Maka anak derhakalah kau
Ada kau tanya apa bapa itu telah lakukan?
Ada kau hirau?
Dialah bebanan!
Ntah bilakah kau sedar
Mungkin bila kau mati!
selamat hari bapa,


rintihnya ibu & anak di pagi hari
20 JUN 2011
08 : 23 AM



Monday, June 27, 2011

Jamahan Otak


Bila angin menyapa
Salam enggan berkata
Dihirau langsung tidak
Dipandang juga tidak
Dihati bikin gelak

Ah telinga mula meratah
Mata kian menjamah
Ini dia kepuasan diri
Kadang kadang tak perlu ke sana ke mari
Hanya statik di sini
Inilah seni sendiri


kawasan hendap anak muda

Wednesday, April 6, 2011

Oh kawan, mari bertandang





Tersingkap kata tatkala direbah
bingung akibat panah menusuk kalbu
kau keliru ketika itu
kau buntu waktu itu
kau celaru, kau dungu

mana mesti aku pergi
mana mesti aku berlari
mana, ke mana!
ahhhh tatkala aku mau gila
pabila bertengkar sama sang teruna
rasa mau pergi, pergi darinya

Oh, aku tersedar
mempunyai insan bernama kawan
apa ya guna kawan kalau tidak mintak bantuan
aku sedang susah ini kawan
bantulah aku kawan
tolonglah!!

hah, kawan sentiasa ada bersama
walau aku terus luka maupun duka
kalau aku susah, bagus cari dia

eh kawan
heh, aku saja mau luang masa
bersendaloka, berdrama swasta
syhhhh...diam diam
aku lari
lari dari pengetahuan si lelaki
rupanya aku berkelahi sama si lelaki
kerna itu aku mau kau
mau jumpa kau

eh kawan
apalah salahnya
aku kan kawan, kita kan kawan
apalah gunanya kawan tidak membantu kawan
hari ini hari kau kakak, esok lusa? esok lusa??

aku bimbang, tolong
aku rela tolong
mari sini aku hiburkan kau kawan
kita buang masa
kita bergembira
menyanyi tertawa
segala untuk kau, agar kau tidak luka

oh, kau lah kawan
kau lah adik
kau lah baby
eh eh, aku?
terima kasih

kawan, aku sentiasa bersama kau
rindu pada kau, perlu akan kau
mari!
tikamlah aku
godamlah aku
henyaklah aku
lukakanlah hati aku
aku? usah hirau kau pada aku

Alhamdulillah kau gembira
kau bersuka
Si lelaki mau kembali
aku turut gembira, aku titis air mata
yang tanpa kau sedari

sesungguhnya aku berdoa
agar jodoh kalian berpanjangan
tidak sangka, Tuhan maha mendengar
dengar rintihan aku si jahil ini
Tuhan tidak pilih kasih
Agaknya Dia tahu, bahawa aku bakal tertindas
dek kawan

bila bersama kembali
siapalah aku
hilang rasa pada kawan
susah baru sedar siapa kawan
kawan kawan dahulu yang kau cerca
kini kau jilat kembali bukan?
tatanglah dia, jamahlah mereka
kelak kau gembira senantiasa
aku tetap di sini
hanya menunggu kau susah
bukan apa, kerna ketika kau susah
kau akan ingat aku
bersama aku
dan aku terharu

kawan
moga kau berbahagia
doaku pada kau
sememangnya aku jahil
cetek akal
tidak punya apa
tapi aku bersyukur lagi
kerna kau akan kunjungi aku
bila kau susah
kerna, pada waktu itu
aku gembira bila ada kamu


terima kasih kawan. :')


09 : 19 p.m
06 April 2011
hai kawan, tandangnya kau, berlalulah kau,





Tuesday, April 5, 2011

Titipan untuk Dia, :)




Dari Aku untuk Dia
bersama meraikan hari bunga2an ke 2 tahun
terima kasih, Ashie Ridzuan.


kepada kalian yang sudi menonton, terima kasih.
cubaan pertama kali. hehe.
:)

Sunday, April 3, 2011

cerita dongeng yang tanpa berkesudahan

semuanya tentang dia,
tidak pun engkau,
hanya untuk kamu yang besar,
tapi otaknya kecil.

Terima kasih daun keladi.
Hanya titipan penyembuh diri.

Tuesday, March 29, 2011

sendu tapi terharu

tidak terasa
tidak merasa
disentuh terasa sayu
disentuh terus terharu

ia itu namanya seorang lelaki
bersama melayan
bila gering, tapi dia cuba
cuba untuk melihat gembira
cuba untuk melihat ketawa
bagaimanapun dia itu terus cuba

bila sendu memapah lewat malam
dia melayan
dia bertanya kenapa
aku sedang sendu sayang
sakit rasanya
terus dia kaget
tapi tetap bersama
cuba dan terus cuba

kau berjaya si lelaki
aku bangga!
aku rasa bertuah!
kau lah lelaki itu
disamping walau aku kian sendu
kaulah lelaki itu!


tatkala aku sendu,
07 : 41 p.m
29 Mac 2011


Friday, March 25, 2011

ingin ditagih!!!!!!!!!!!!!!!!!

ketagih ingin menagih,
aku kasihan,
akan dikau,
senyuman ini diberi, untuk pengakhir kali,
selamat menjamah kawan!