Gambar-gambar di atas adalah hasil tangan aku sendiri. Lokasi di Bukit Indera Muda, Pulau Pinang. Aku ke sini kerana merayakan majlis perkahwinan kakak angkat aku iaitu, Siti Rahena. Majlis perkahwinan ini berlangsung pada 19 Jun 2010 di rumah pengantin perempuan di Taman Desa Murni, Sungai Dua Pulau Pinang, iaitu dimana tempat aku membesar pada dahulunya. Keesokan harinya pula di rumah pengantin lelaki di Bukit Indera Muda, Pulang Pinang. Sangat terharu dan gembira melihat rakan juga kakak yang selamat diijabkabul pada waktu itu. Terimbau kembali saat-saat kami dibesarkan bersama.
Ingin aku kongsi bersama tentang aku dan kakak palsu ini. hehehe.. Kami kenal dan rapat sewaktu sekolah lagi. Keluarga dia, adalah keluarga aku juga. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku menghabiskan masa di sana. Pada waktu terluang, kami akan luangkan masa dengan berborak, kak Rahena akan bermain gitar dan aku pula menyanyi, dan kadang-kadang kami menyanyi bersama-sama. Di rumah dia, selalu karaoke bersama dan ibu (emak kepada kak Rahena) akan menjadi pengkritik tetap aku. Terima kasih ibu! :) Waktu ini sangat kaya dengan kasih sayang dan bimbingan. Aku pasti tidak akan lupa saat-saat manis bersama. :)Terima kasih semua.....
Ini adalah adik kecil aku yang terakhir sekali. Nama adik kecil aku ini ialah Ainur Hanani. Motif aku letak gambar adik kecil ini bukan lah sebab apa. Hal ini sebab aku nak kongsi dengan kalian semua, yang acap kali aku tengok gambar ini, pasti akan membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku pun tak pasti mengapa. Tapi mungkin juga lucu! ya lucu! Adik kecil aku pada waktu ini bagi aku adalah sangat cool!! hehehe...
Gambar ini diambil sewaktu kami ke Tesco Taiping. Adik menjadi pembonceng aku. Usianya 9 tahun. Di sini ingin aku lampirkan sedikit perwatakannya. Adik aku ini sangat petah berkata-kata. Juga boleh dikatakan mulutnya agak laser! huhu.. Kadangkala dia bercakap tanpa memikirkan hati orang lain. Aku juga pernah kena tempias dari mulut comel dia itu. Walaupun usianya belum menjangkau dewasa, masih kanak-kanak, tetapi perawakan dan cara pemikiran seakan mirip orang dewasa. Dia boleh memberi kata perangsang secara tidak sengaja dan bagi aku boleh diterima akal dan diguna pakai.
Kuat makan juga ini budak kecil.. Tapi badan tetap juga kecil. Wajahnya sangat mirip aku. Bukan sebab dia mirip aku, sebab tu aku kongsi sama kalian.. Ini sebab gambar comelnya tadi. Lalu sengaja berkongsi sama. Perangainya juga seakan sama. hehe.. (tak boleh cerita semua tentang perangai itu,mungkin ada juga yang memalukan) hehe.. Adik kecil aku juga mempunyai laman sosial iaitu Facebook. Boleh mencarinya di Facebook aku ya.
Itu sahaja coretan tentang adik kecil comel aku..Ainur Hanani. Gambar dia COOL!!!! :)
Bila kau sedih Dia bersama Dia mendengar Dia setia Dia temani kau walau apa cara
Ibarat keroncong Yang sentiasa mendendang irama asyik Mendayu-dayu Buat kau hanyut Mengalir air mata kasih Titisan syukur Dia kasih akan kau
Lembut syahdu Lemah kau, kuat dia Lemah dia, kuat kau Itu namanya kasih Indah
Ibarak cak dan cuk Di dalam ritma keroncong Tiada ia, tiada keroncong Sentiasa perlu Buatkan ia terus berkeroncong Indahseni itu Indah juga dia untuk kau
Seni bikin semuanya berkait Begitu juga kau dan dia Rancak bergelora Keroncong kau hebat Bisa bikin hati tersenyum megah Langsung tenang oh....
Beliau yang berusia 63 tahun telah selamat menghembuskan nafas terakhir pada 31 Mei 2010, pada jam 11.30 malam di kediaman beliau, Taman Rasmi Jaya, Ampang Selangor. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Cheng, Melaka sebelum solat Zuhur pada 01 Jun 2010.
Beliau adalah seorang Tenaga Pengajar di dalam jurusan Vokal Tradisional di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA. Beliau juga adalah guru aku. Aku memanggil beliau dengan gelaran 'Pak Rahim' Mengajar aku vokal tradisional selama 2 tahun. Anak beliau, Zuri adalah rakan aku di dalam Fakulti Muzik di Aswara.
Pemergian beliau adalah satu kehilangan bagi aku. Mungkin tempiasnya itu lebih kerana beliau adalah guru aku. Aku dan keluarga amat memuja beliau di dalam arena muzik tradisional. Terasa tidak percaya dan bangga sekaligus kerana menjadi pelajar beliau. Aku mendapat berita tentang pemergian beliau dari abah aku. Abah menghantar pesanan ringkas melalui handphone aku.
Namun aku tidak akan dapat melupakan jasa baik beliau mengajar aku dan jasa memartabatkan irama tradisional di Malaysia ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada beliau. Semoga Tuhan merahmati Rahim Jantan...amin....
Di sini ingin aku lampirkan kata-kata dan semangat beliau yang buat aku kagum..
“Dulu masa sekolah, Cikgu Jaafar sering menyuruh saya menyanyi Negaraku secara solo sewaktu perhimpunan. Entahlah. Mungkin Cikgu Jaafar nampak bakat seni dalam diri saya agaknya.
“Sejak itulah timbul minat untuk bermain alat muzik pula. Kalau tengok orang main, saya selalu berkata kalau aku main mesti lebih baik. Selepas belajar main harmonika, saya beralih pada biola. Nak beli tak mampu, saya buat biola daripada papan lapis. Kemudian pergi main dan buat latihan suara di dalam hutan,” ceritanya mengenai kesungguhannya untuk mendalami ilmu muzik.
“Akhirnya ayah pun menghadiahkan biola kepada saya. Bukan saja ayah, tetapi seorang pemain biola terkenal di kampung saya iaitu Cik Kemat turut memberikan saya sebuah biola setelah melihat kesungguhan saya dalam bidang muzik,”
Tadi ia berdetup Berdetip pula Dingin menghembus lagi Teruja barangkali melayan diri di kamar sendiri Ingin terus begini
Layar dibentang Sauh ditebar Mau belayar meninggal waktu di situ Kau tak terhingga dalam keadaan separuh sedar Yang juga menjadi permintaanmu Aku terus syahdu belenggu Senyum membisu
Kadangkala aku ingin sendiri Ia seperti begini Tersisip rindu Terselit salju Bikin aku terus Ya rindu
Tawa kau nun di sana Sunyi aku hanya di sini Pasti mau kau gembira terus
Lebat di luar Bingit memecah gegendang deria Menghias ritma halwa telinga Pabila ia tiba Aku jadi gembira Hujan akhirnya
Kaku di sini Alam juga yg kekal menemani Senyum lah kau di sana Kerna aku juga cuba tersenyum
Emas warnanya Tatkala mata tersisip susuk mentari Indah tak terperi Mata ini seakan mati berkedip Percikan emas menbanjiri si pohon hijau merembang
Di celah litup daun, muncul panahan mentari Sisip kabus jelas terlihat Aku yang tadi, kagum menatap Detik di hati memuji kurnia penciptanya Alam juga bisa berkata Perlu antara satu Aku jadi taksub Memuja percintaan bumi dan mentari Terus rasa seperti mahu sembah langsung ke bumi
Awan nan biru seakan berada di pentas Mengorak lenggok tari Si awan ada yang begitu, ada juga begini Pelbagai rupa dan aksi dapat disaji Tersingkap dikala aku kecil Meneka bentuk apakah awan? Kadang berupa bayi, naga, wajah seakan ternganga Ahh kagum lagi Hebat si awan menari
Sebentar tadi mata ini menjamu Pohon-pohon yang sedia sujud paba bumi Yang tak lagi bisa megah berdiri kembali Kepentingan sebilangan manusia bongkak diri Aku takut jika suatu hari nanti Pohon merimbun akan terus mencium bumi Tanpa bangun bangun lagi Anak-anak akan datang tidak dapat nikmati Akan indahnya alam ini Yang suci tanpa dinodai
Bisik aku pada mentari Oh mentari, sinar lah dikau sepanjang azali Terangi setiap pelusuk bumi Aku tersenyum dan berdoa agar mentari muncul lagi.