
Monday, December 27, 2010
Wednesday, December 22, 2010
Terus hingga terurus
Kadangkala kita tidak sedar
Bahawa di sekeliling kita
Segalanya tidak sekata
Segalanya tidak sehala
Kita juga tidak sedar
Bahawasanya kita dihimpit
Tertindas sambil menindas
Terus alpa
Ada yang baru teruja
Telinga dipekakkan
Walaupun seruan dikelola
Diri dibekukan
Otak dibuntukan
Sendiri direlakan
Kerana patuh pada seruan kerajaan
Kononnya menjadi rakyat yang patuh
Tunduk pada raja
Daulat dengan menjilat
Akur tanpa kita tahu
Kenapa ia harus
Masih belum terlambat
Untuk kita bangkit
Mengetahui akan segalanya
Kerana hakikatnya dunia ini adil
Seru biar ramai
Gamit berpanjangan
Semangat berterusan
Pasti masa memihak pada kita
Ia bukan ilusi
Tapi pasti
18 Disember 2010
06 : 35 a.m
Laungan.
Bahawa di sekeliling kita
Segalanya tidak sekata
Segalanya tidak sehala
Kita juga tidak sedar
Bahawasanya kita dihimpit
Tertindas sambil menindas
Terus alpa
Ada yang baru teruja
Telinga dipekakkan
Walaupun seruan dikelola
Diri dibekukan
Otak dibuntukan
Sendiri direlakan
Kerana patuh pada seruan kerajaan
Kononnya menjadi rakyat yang patuh
Tunduk pada raja
Daulat dengan menjilat
Akur tanpa kita tahu
Kenapa ia harus
Masih belum terlambat
Untuk kita bangkit
Mengetahui akan segalanya
Kerana hakikatnya dunia ini adil
Seru biar ramai
Gamit berpanjangan
Semangat berterusan
Pasti masa memihak pada kita
Ia bukan ilusi
Tapi pasti
18 Disember 2010
06 : 35 a.m
Laungan.
Thursday, December 16, 2010
Monday, December 6, 2010
Pantai ini kita yang punya@menyambut hari ulangtahun Ain Qaseh & Aliph Azmi. :D

Inilah hadiah yg paling aku teruja, pemberian Love, Ashie Ridzuan. Terima kasih sayang. :)
Janis Joplin's Signature
Bersepakat bersama kawan-kawan untuk pergi ke pantai Port Dickson pada tarikh tersebut untuk bercuti dan sekaligus menyambut hari ulangtahun aku dan sahabat Aliph Azmi. Kami memulakan perjalanan pada malam hari dalam pukul 10 malam ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Dengan 2 buah kereta kami bergerak. Perasaan sangat gembira kerana tak sabar untuk tiba ke destinasi. Perjalanan agak lambat kerana jalan raya agak sesak di Kuala Lumpur. Setelah melepasi Tol Sungai Besi, perjalanan semakin stabil.
Hahaa...detik 12 malam yang dinantikan iaitu Tanggal hari lahir aku (5 Disember) telah tiba sewaktu di dalam perjalanan. Aku tertidur seketika kerana agak letih dan bangun tidur awal untuk persediaan makan-makan di pantai nanti. Sewaktu tidur, tersisip kedengaran nyanyian Happy Birthday & Allah selamatkan kamu oleh rakan-rakan di dalam kereta dan juga buah hati aku. Sangat indah terasa walaupun disambut di dalam kereta! wuhuuu! Terima Kasih kalian! :D
Seterusnya, perjalan berhenti seketika di Perhentian Rehat & Rawat Seremban untuk rehat sebentar. Keadaan hujan renyai ketika itu. Kami semua keluar kereta dan sekali lagi rakan-rakan seramai 9 orang menyanyikan lagu Happy Birthday secara kuat dan gilang gemilangnya di situ berhampiran Stesyen Minyak Petronas! Indah sekali lagi kawan-kawan!! Terima kasih semua! Hati aku berbunga-bunga keriangan dan terharu sangat. :)
Hujan seperti hampir lebat, kami masuk ke dalam kereta kembali dan meneruskan perjalanan. Hampir sampai ke Port Dickson, hujan agak lebat. Kami risau kerana memikirkan bagaimana ingin membuat barbeque dan menyalakan api kerana hujan amat lebat. Sesampainya di Port Dickson lebih dalam pukul 2 pagi,(agak lewat kerana jalan sesak & hujan lebat)kami ke Bundle Port Dickson sambil mencuci mata sambil menunggu hujan berhenti. Hati agak lega kerana akhirnya hujan akur dengan kehendak kami. :)
Oleh kerana masa cepat berlalu, kami cepat-cepat menuju ke destinasi pantai yang terpencil. Yeahhhh! untuk pengetahuan kalian, tempat ini gak terpencil dari bandar Port Dickson. Seperti yg diharapkan, hari kami saja di pantai itu!!! wowwww! Terasa seakan pantai itu kami yg punya! :D Tanpa lengah lagi, kami cepat2 menyediakan tempat utk dibakar dan dalam masa yg sama, kami kelaparan. hahaha! Semua menjalankan tugas masing2.
Upacara bakar membakar telah berlangsung. Makanan sgt banyak! Makan sehingga muntah! Dalam keriuhan itu, tiba2 buah hati aku, Ashie Ridzuan memberi sebungkus balutan kemas berupakan hadiah. waahhh! perasaan melonjak waktu itu. Aku membaca kad di bungkusan hadiah yg berpesan, "dah buka nanti jangan menangis" Aku agak hairan dan tidak sabar utk melihat apakah hadiah tersebut. Terus aku nampak ada Tshirt Coklat yg cantik, dalam masa yg sama aku hairan kenapa baju itu tebal..rupa2nya ada sehelai lagi baju di dlm itu. Aku cuba teliti baju apa, dan surprise!!!!!! Baju itu merupakan baju idaman aku!!!!!!!!!! iaitu Tshirt original Janis Joplin. Janis Joplin merupakan idola aku. Aku telah lama mendambakan baju itu dan tak sangka aku dikejutkan dgn sedemikian rupa. Hanya rakan2 di situ dpt perhatikan bagaimana reaksi aku yg seperti hilang akal sebentar. hehehee! Thanks Sayang & Kawan-kawan. :D
Keriangan makin bertambah selepas itu. Sesi makan memakan semakin seronok. Dengan pelbagai keletah rakan2. terhibur dan teruja! Lewat pagi, ada rakan2 yg telah masuk ke laut dan mandi manda. huhu... Ada banyak makanan yg masih belum diusik lagi. Jadi bayangkan masih banyak lagi makanan dan kami ada memberi sedikit makanan kepada pengawal di bangunan yg berdekatan. Setelah hari semakin cerah, kami bersama2 mengemas barang utk pulang. walaupun kepenatan, tetapi kegembiraan menyelamatkan keadaan. Sebelum berangkat pulang kami mengmbil foto beramai2 sebagai kenangan di masa nanti. Terima kasih kawan2 kerana sama2 memeriahkan keadaan! 5 Desember 2010 @ Port Dickson adalah detik yg terindah bersama kalian! :D
Lots Of Love, Ain Qaseh. :)
*terima kasih kawan2 yg menyertai dan menghiburkan kita semua iaitu,
Ashie, Wong, Paddy, Epool, Aliph, Nazi, Okap, Wan, Azan, Ekey dan 2 rakannya, Nana & Wan


Selepas menyanyi2 dengan berlatarbelakangkan Stesyen minyak Petronas, Seremban.

Eeee....sumpah sedap weh kabeng nih!!!!
yeaahhhhh!!!!!!!!!!!
Nyanyi happy birthday kali terakhir sebelum pulang...ure so sweet! :)
Posing kuak bebas....hahaha!
The best moment yaa!
Birthday's boy, Aliph Azmi & Birthday's girl, Ain Qaseh
Inilah rupa pantai di pagi hari. Ain & Ashie. :B
Haa ini dia tukang rancang yaa.
Ini saja bingkisan cuti2 di pantai. :)





Ini saja bingkisan cuti2 di pantai. :)
Friday, December 3, 2010
Lagi Kesah Tentang Ibu
Bila kutatap wajah ibu
Hati terus sayu
Kulit wajahnya dilihat penuh salju
Hatinya juga pilu
Kutatap lagi tanpa rasa jemu
Kerna dia adalah ibuku
Kufikir, si ibu ini pasti kuat
Cekal semangat
Kental kerna anak-anaknya
Walaupun hanya gembira di wajahnya
Tapi jiwa raganya merintih pedih
Itulah bagiku pengorbanan si ibu
Jerih perih ditelan
Penat letih dikumam
Agar anak-anak tidak sakit
Mata ibu seakan berkilau
Ada genang air mata
Bukan untuk diteka
Tapi harus diseka
Kononnya si anak lalai ketawa
Tapi mata ini cepat singgah pada ibu
Mak, akak mengerti mata itu
Ah, cepat benar hati ini tersentuh
Barangkali hati ini kepunyaan ibu
Kerna ibu juga begitu
Kata ibu, ibu kuat kerana anak-anak
Kata aku, akak kuat kerana ibu.
03 : 07 p.m
26 November 2010
Pulangnya seorang anak.
Hati terus sayu
Kulit wajahnya dilihat penuh salju
Hatinya juga pilu
Kutatap lagi tanpa rasa jemu
Kerna dia adalah ibuku
Kufikir, si ibu ini pasti kuat
Cekal semangat
Kental kerna anak-anaknya
Walaupun hanya gembira di wajahnya
Tapi jiwa raganya merintih pedih
Itulah bagiku pengorbanan si ibu
Jerih perih ditelan
Penat letih dikumam
Agar anak-anak tidak sakit
Mata ibu seakan berkilau
Ada genang air mata
Bukan untuk diteka
Tapi harus diseka
Kononnya si anak lalai ketawa
Tapi mata ini cepat singgah pada ibu
Mak, akak mengerti mata itu
Ah, cepat benar hati ini tersentuh
Barangkali hati ini kepunyaan ibu
Kerna ibu juga begitu
Kata ibu, ibu kuat kerana anak-anak
Kata aku, akak kuat kerana ibu.
03 : 07 p.m
26 November 2010
Pulangnya seorang anak.
Friday, October 29, 2010
Oh A n a s i r ?
Bila angin menyapa
Salam enggan berkata
Dihirau langsung tidak
Dipandang juga tidak
Di hati bikin gelak
Ah telinga mula meratah
Mata kian menjamah
Ini dia kepuasan diri
Kadang kadang tak perlu ke sana ke mari
Hanya statik di sini!
Inilah seni sendiri
09.33 a.m
29 Oktober 2010
Salam enggan berkata
Dihirau langsung tidak
Dipandang juga tidak
Di hati bikin gelak
Ah telinga mula meratah
Mata kian menjamah
Ini dia kepuasan diri
Kadang kadang tak perlu ke sana ke mari
Hanya statik di sini!
Inilah seni sendiri
09.33 a.m
29 Oktober 2010
Monday, October 25, 2010
A k u ???
Anehkah aku?
Jijikkah aku?
Janggalkah aku?
Bodohkah aku?
Naifkah aku?
Manusia tak akan pernah lari dari alpa
dari khilaf diri sendiri
Terkadang aku jadi bingung
Aku jadi bosan
Aku jadi buntu
Jari itu tudinglah pada aku
Kaki itu tujulah pada aku
Kepala itu hantuklah pada aku
Maka rasa itu bikin aku terus tenang
dan tidak sangsi barangkali
Diketuk kepala
Ting bunyinya
Tong lantunnya
Ialah, mungkin sudah kosong
Layak untuk dihayun jauh-jauh
Letih, penat melayan
Memikir
Biarlah apapun
Hanya aku
Diri aku
Nadi aku
Yang kenal siapa aku
Siapa jasad aku
05.01 a.m
25 Oktober 2010
All sick.
Jijikkah aku?
Janggalkah aku?
Bodohkah aku?
Naifkah aku?
Manusia tak akan pernah lari dari alpa
dari khilaf diri sendiri
Terkadang aku jadi bingung
Aku jadi bosan
Aku jadi buntu
Jari itu tudinglah pada aku
Kaki itu tujulah pada aku
Kepala itu hantuklah pada aku
Maka rasa itu bikin aku terus tenang
dan tidak sangsi barangkali
Diketuk kepala
Ting bunyinya
Tong lantunnya
Ialah, mungkin sudah kosong
Layak untuk dihayun jauh-jauh
Letih, penat melayan
Memikir
Biarlah apapun
Hanya aku
Diri aku
Nadi aku
Yang kenal siapa aku
Siapa jasad aku
05.01 a.m
25 Oktober 2010
All sick.
Friday, October 8, 2010
Kejutan oh kejutan
Hai.. Dah lama aku tak tulis di blog ini. Kejutan untuk aku. hari ni aku dapat berita yang mak aku kena tahan di hospital akibat sakit kencing manis. Mak aku memang dah lama sakit, tapi dia kena tahan sebab kencing manis dia naik tinggi. Sangat terkejut dan sedih sebab aku tak ada di samping dia waktu dia sakit.
Dan lagi sedih, aku dapat tau sendiri. Mak tak bagitau sebab dia tak nak aku risau. Hummm.... Apa yang perlu,doakan mak agar cepat sembuh seperti biasa. Kawan2 tolong doakan mak aku ye.
Mak kuatkan diri ye.
Akak cuba jadi kuat macam mak.
:)
Dan lagi sedih, aku dapat tau sendiri. Mak tak bagitau sebab dia tak nak aku risau. Hummm.... Apa yang perlu,doakan mak agar cepat sembuh seperti biasa. Kawan2 tolong doakan mak aku ye.
Mak kuatkan diri ye.
Akak cuba jadi kuat macam mak.
:)
Wednesday, August 4, 2010
Kecil tak punya erti
Dia budak kecil
Masih kecil
Terpinggir dan dipinggir
Apa itu hidup?
Jauh sekali untuk dicapai
Dia ingin rasa lembutnya kasih
Dia ingin rasa syahdunya sayang
Dia ingin rasa riangnya berkawan
Dia ingin rasa mesranya bila ada insan merasai dirinya
Berilah dia sedikit cahaya
Sedikit tawa
Sedikit perhatian
Jangan kau rasa tersisih atau disisih
Kelak bila nanti
Kau akan lebih mengerti erti hidup
Payahnya hidup
Indahnya hidup
Lemasnya hidup
Dan pada ketika itu
Kau sudah dewasa
Sudah cukup akal
Aku doa
Agar kau senang bila hidup
Senyum pada masa silam
Kerana ia banyak mengajar
Beri rasa pahit
Rasa tawar
Rasa manis
Akan hidup ini wahai si kecil
06 : 37 a.m
02 Ogos 2010
pesan aku pada kamu.
Masih kecil
Terpinggir dan dipinggir
Apa itu hidup?
Jauh sekali untuk dicapai
Dia ingin rasa lembutnya kasih
Dia ingin rasa syahdunya sayang
Dia ingin rasa riangnya berkawan
Dia ingin rasa mesranya bila ada insan merasai dirinya
Berilah dia sedikit cahaya
Sedikit tawa
Sedikit perhatian
Jangan kau rasa tersisih atau disisih
Kelak bila nanti
Kau akan lebih mengerti erti hidup
Payahnya hidup
Indahnya hidup
Lemasnya hidup
Dan pada ketika itu
Kau sudah dewasa
Sudah cukup akal
Aku doa
Agar kau senang bila hidup
Senyum pada masa silam
Kerana ia banyak mengajar
Beri rasa pahit
Rasa tawar
Rasa manis
Akan hidup ini wahai si kecil
06 : 37 a.m
02 Ogos 2010
pesan aku pada kamu.
Tuesday, July 27, 2010
Qaseh si Ibu
Bila salju menemani hati
Mata terus kelabu
Mutiara ingin keluar bertalu-talu
Rembesan menghujani pipi
Dingin menyentuh
Rindu pada ibu
Tiada berteman
Tiada berkawan
Pujuk rayu hanya pada awan
Keluh kesah tiada siapa mendengar
Sepi menyelubungi
Ibu aku rindu lagi
Pasti tidak akan ingin berhenti
Hati jiwa meruntun pilunya
Dia tidak punya harta
Anak-anak teman hidupnya
Anak jadi hartanya
Harap kaki luka
Lekas sembuh
Mungkin tidak dapat merawat hati suci si ibu
Ibu itu rapuh
Siapa bakal membela jika tidak aku
Lelaki yang pada dahulunya adalah tunggak keluarga
Temani ibu setiap masa
Tapi......
Ibu tetap berdiri
Aku juga ingin berdiri
Teguh dan kuat seperti ibu
Titis-titis menemani lagi
Ibu mari sini
Dakapi anakmu ini
Hati ini sunyi
Moga dikuatkan hati kecil aku ini
02 : 00 a.m
25 Julai 2010
akan rindu mak.
Mata terus kelabu
Mutiara ingin keluar bertalu-talu
Rembesan menghujani pipi
Dingin menyentuh
Rindu pada ibu
Tiada berteman
Tiada berkawan
Pujuk rayu hanya pada awan
Keluh kesah tiada siapa mendengar
Sepi menyelubungi
Ibu aku rindu lagi
Pasti tidak akan ingin berhenti
Hati jiwa meruntun pilunya
Dia tidak punya harta
Anak-anak teman hidupnya
Anak jadi hartanya
Harap kaki luka
Lekas sembuh
Mungkin tidak dapat merawat hati suci si ibu
Ibu itu rapuh
Siapa bakal membela jika tidak aku
Lelaki yang pada dahulunya adalah tunggak keluarga
Temani ibu setiap masa
Tapi......
Ibu tetap berdiri
Aku juga ingin berdiri
Teguh dan kuat seperti ibu
Titis-titis menemani lagi
Ibu mari sini
Dakapi anakmu ini
Hati ini sunyi
Moga dikuatkan hati kecil aku ini
02 : 00 a.m
25 Julai 2010
akan rindu mak.
Friday, July 23, 2010
Men j i l a t !
Hinggap kau di merata
Jilat hingga ke dubur
Senyum kau umpama kertas renyuk
Keras jijik palsu
Dampingi setiap makhluk
Jika bisa mahu kau peluk
Tiap pelusuk
Busuk si najis
Lebih busuk si mulut kau
Hanyir berlelehan
Aduh perit!
Hinggap kau pada dia
Busuk dan kotori dia
Lauk apa yang dihidang?
Tahi? najis? kudis?
Sudahlah kau begitu
Parasnya sedih
Susuknya sedih
Batin juga sedih!
07 : 10 a.m
16 Julai 2010
bangsat lagi dan lagi.
Jilat hingga ke dubur
Senyum kau umpama kertas renyuk
Keras jijik palsu
Dampingi setiap makhluk
Jika bisa mahu kau peluk
Tiap pelusuk
Busuk si najis
Lebih busuk si mulut kau
Hanyir berlelehan
Aduh perit!
Hinggap kau pada dia
Busuk dan kotori dia
Lauk apa yang dihidang?
Tahi? najis? kudis?
Sudahlah kau begitu
Parasnya sedih
Susuknya sedih
Batin juga sedih!
07 : 10 a.m
16 Julai 2010
bangsat lagi dan lagi.
Monday, July 12, 2010
Haiwan M o l e k !



Ingin aku berkongsi tentang haiwan yang bila aku melihatnya, rasa seperti mau picit-picit buat bola! Bukan kejam, tetapi sangat geram akan kecomelannya! ya sangat!!! Haiwan ini dipanggil Red Panda (Ailurus fulgens, or "shining cat"). Aku dimaklumkan tentang haiwan ini oleh sahabat bernama Epool. Setelah mengetahuinya, rasa ingin tahu melonjak-lonjak! Ia sangat teruja. Jika ada peluang, ingin sekali aku memiliki haiwan comel,kacak,gebu ini. Malang sekali haiwan ini terpelihara dan bukan haiwan dari Malaysia. (ingin mengetahui lanjut, sila wiki). Setiap kali melihat video Red Panda di youtube, aku tersenyum dan geli hati.
~Rasa seperti ingin bermimpi, dan bila jaganya aku sedar, Red Panda sedang lena di sebelah. :D
Saturday, July 10, 2010
T a d a h

Bila semua bisu
Otak jadi buntu
Sekitar kian kelabu
Alam penuh debu
Nafas makin sesak
Gelombang turut senak
Aku kian dihenyak
Bila bicara pada awan
Terkadang tenang
Segala tanya terjawab
Sakit terselinap
Kita punya teman
Teman tak semestinya bernyawa
Kerana alam ingin
Dihela dalam-dalam
Amati hingga kelam
Apa yang suram
Jadi tenteram
Cuba renung
Cuba tenung
Mata erat pejam
Genggam hati
Biar sebati
Sungguh tak kau sesali
Ia ada dimana jua
Duga tanpa hela
Sabar di duga
Kuat dipinta
Biar apa melanda
Tadah dengan redha
07 : 37 a.m
10 Jula 2010
soal pada bicara.
Soalan & Manusia Menjengkelkan!

- Kau study ke kerja?
- Kau kerja mana sekarang?
- Kerja kerajaan ke tak?
- Bila nak kahwin?
- Seni ni boleh cari makan ke?
- Orang yang konon-konon tau semua benda tapi otak kosong.
- Sembang gebang@ceritakote.
- Riak (kau yang paling itu, paling ini).
- Suka tiru orang.
- Tak ada pendirian@lalang
- Hidup di alam dongeng sendiri (berangan je!).
- Nak tunjuk ilmiah.
- Konon-konon seni.
- Jual janji.
- Pancing kebaikan dengan wang@harta.
Friday, July 9, 2010
Secangkir Gadis

Laut menghempas, berombak deras
Sepoi hembus angin
Terus mengalun
Cantik si gadis simpuh
Helai rambut dicium bayu
Alis mata melirik
Pohon nyiur seakan tertarik
Batu terdampar
Terlihat pasir disapa
Dikuis tapi lerai juga
Payah biar ia bersahaja
Ada saja menyapa
Bisik si angin
Uraian nipis rambut
Diselak singgah tepi telinga
Terpampang raut gadis
Lembut tapi sayu
Tetap manis
Teguh dalamannya
Gadis hanya merasa
Terus hanyut lamunan
Hanya secangkir tak punya sisa
Hembusan angin berjenaka
Ditiup kurungnya
Ditutup selakan
Biar rapi, biar tersusun
Langsung ditepis
Adanya mata menyinggah
Susuk kurung berlalu pergi
Terkapai batu juga pasir
Keluk pasir bentuknya pinggul
Kian terhakis dek laut
Berpaling nun di sana
Ia lalu tunduk
Tanda tabah
Kuat sang laut menghempas
Sekuat hati si gadis
08 : 50 a.m
09 Julai 2010
melayang di pesisir.
Tuesday, July 6, 2010
Selamat datang sahabat baru Pakabu. :D
Sehari setelah memelihara bubui, ia sangat menyeronokkan. Tidak sabar untuk bangun dari tidur dan melihat bubui. Pergi beli buah epal untuk santapan Si Bubui. Nyummyy! Rakus betul bubui makan, seronok tengok bubui makan laju-lagu dengan lahapnya! Malam, bawa bubui lepak di Pakabu. Sangat aktif. Abe, tukang masak di Pakabu memberi bubui banyak makanan. Oleh kerana kekenyangan, bubui masuk ke dalam rumahnya (pouch) untuk rehat, cucikan dirinya. Bubui bikin kami gembira!!! Selamat datang bubui...... :D
ini antara contoh rumah Sugar Glider. cantik!!!



Tuesday, June 29, 2010
Foto di Penang
Gambar-gambar di atas adalah hasil tangan aku sendiri. Lokasi di Bukit Indera Muda, Pulau Pinang. Aku ke sini kerana merayakan majlis perkahwinan kakak angkat aku iaitu, Siti Rahena.
Majlis perkahwinan ini berlangsung pada 19 Jun 2010 di rumah pengantin perempuan di Taman Desa Murni, Sungai Dua Pulau Pinang, iaitu dimana tempat aku membesar pada dahulunya. Keesokan harinya pula di rumah pengantin lelaki di Bukit Indera Muda, Pulang Pinang. Sangat terharu dan gembira melihat rakan juga kakak yang selamat diijabkabul pada waktu itu. Terimbau kembali saat-saat kami dibesarkan bersama.
Ingin aku kongsi bersama tentang aku dan kakak palsu ini. hehehe.. Kami kenal dan rapat sewaktu sekolah lagi. Keluarga dia, adalah keluarga aku juga. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku menghabiskan masa di sana. Pada waktu terluang, kami akan luangkan masa dengan berborak, kak Rahena akan bermain gitar dan aku pula menyanyi, dan kadang-kadang kami menyanyi bersama-sama. Di rumah dia, selalu karaoke bersama dan ibu (emak kepada kak Rahena) akan menjadi pengkritik tetap aku. Terima kasih ibu! :) Waktu ini sangat kaya dengan kasih sayang dan bimbingan. Aku pasti tidak akan lupa saat-saat manis bersama. :)Terima kasih semua.....
Monday, June 21, 2010
Lagi L u k a
Monday, June 14, 2010
Ini adik cool saya.
.jpg)
Ini adalah adik kecil aku yang terakhir sekali. Nama adik kecil aku ini ialah Ainur Hanani. Motif aku letak gambar adik kecil ini bukan lah sebab apa. Hal ini sebab aku nak kongsi dengan kalian semua, yang acap kali aku tengok gambar ini, pasti akan membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku pun tak pasti mengapa. Tapi mungkin juga lucu! ya lucu! Adik kecil aku pada waktu ini bagi aku adalah sangat cool!! hehehe...
Gambar ini diambil sewaktu kami ke Tesco Taiping. Adik menjadi pembonceng aku. Usianya 9 tahun. Di sini ingin aku lampirkan sedikit perwatakannya. Adik aku ini sangat petah berkata-kata. Juga boleh dikatakan mulutnya agak laser! huhu.. Kadangkala dia bercakap tanpa memikirkan hati orang lain. Aku juga pernah kena tempias dari mulut comel dia itu. Walaupun usianya belum menjangkau dewasa, masih kanak-kanak, tetapi perawakan dan cara pemikiran seakan mirip orang dewasa. Dia boleh memberi kata perangsang secara tidak sengaja dan bagi aku boleh diterima akal dan diguna pakai.
Kuat makan juga ini budak kecil.. Tapi badan tetap juga kecil. Wajahnya sangat mirip aku. Bukan sebab dia mirip aku, sebab tu aku kongsi sama kalian.. Ini sebab gambar comelnya tadi. Lalu sengaja berkongsi sama. Perangainya juga seakan sama. hehe.. (tak boleh cerita semua tentang perangai itu,mungkin ada juga yang memalukan) hehe.. Adik kecil aku juga mempunyai laman sosial iaitu Facebook. Boleh mencarinya di Facebook aku ya.
Itu sahaja coretan tentang adik kecil comel aku..Ainur Hanani. Gambar dia COOL!!!! :)
Sunday, June 13, 2010
Ibarat Keroncong

Bila kau sedih
Dia bersama
Dia mendengar
Dia setia
Dia temani kau walau apa cara
Ibarat keroncong
Yang sentiasa mendendang irama asyik
Mendayu-dayu
Buat kau hanyut
Mengalir air mata kasih
Titisan syukur
Dia kasih akan kau
Lembut syahdu
Lemah kau, kuat dia
Lemah dia, kuat kau
Itu namanya kasih
Indah
Ibarak cak dan cuk
Di dalam ritma keroncong
Tiada ia, tiada keroncong
Sentiasa perlu
Buatkan ia terus berkeroncong
Indahseni itu
Indah juga dia untuk kau
Seni bikin semuanya berkait
Begitu juga kau dan dia
Rancak bergelora
Keroncong kau hebat
Bisa bikin hati tersenyum megah
Langsung tenang
oh....
04 : 06 a.m
12 Jun 2010
Senyum Keroncong :)
Tuesday, June 8, 2010
K o s o n g

Kosong
Tak punya apa
Dipinggir
Dikecam
Dituduh
Pilu
Sayu
Bila tiadanya aku
Agaknya mereka itu aman
Mulut ini jahat
Aku yang jahat
Pemikiran aku jahat
Aku lah jahat
Aku jahat
Harta
Kaya
Aku tak punya
Hati siapa yang pandang
Mereka buta
Aku sendiri
Mereka pasti suka
Untuk apa aku di sini
Kalau hanya untuk dicaci dikecam
Biarlah aku
Kerana aku kosong
Tiada apa
Tak mengapa
Aku akan pergi
Pergi tanpa mereka sedari
Buang jauh-jauh
Berbahagialah mereka
Aku ingin pergi
Ingin sendiri
Kosong.
04 : 13 a.m
07 Jun 2010
Kosong.
Friday, June 4, 2010
Perginya Penggiat Seni Tradisional RAHIM JANTAN

Beliau yang berusia 63 tahun telah selamat menghembuskan nafas terakhir pada 31 Mei 2010, pada jam 11.30 malam di kediaman beliau, Taman Rasmi Jaya, Ampang Selangor. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Cheng, Melaka sebelum solat Zuhur pada 01 Jun 2010.
Beliau adalah seorang Tenaga Pengajar di dalam jurusan Vokal Tradisional di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA. Beliau juga adalah guru aku. Aku memanggil beliau dengan gelaran 'Pak Rahim' Mengajar aku vokal tradisional selama 2 tahun. Anak beliau, Zuri adalah rakan aku di dalam Fakulti Muzik di Aswara.
Pemergian beliau adalah satu kehilangan bagi aku. Mungkin tempiasnya itu lebih kerana beliau adalah guru aku. Aku dan keluarga amat memuja beliau di dalam arena muzik tradisional. Terasa tidak percaya dan bangga sekaligus kerana menjadi pelajar beliau. Aku mendapat berita tentang pemergian beliau dari abah aku. Abah menghantar pesanan ringkas melalui handphone aku.
Namun aku tidak akan dapat melupakan jasa baik beliau mengajar aku dan jasa memartabatkan irama tradisional di Malaysia ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada beliau. Semoga Tuhan merahmati Rahim Jantan...amin....
Di sini ingin aku lampirkan kata-kata dan semangat beliau yang buat aku kagum..
“Dulu masa sekolah, Cikgu Jaafar sering menyuruh saya menyanyi Negaraku secara solo sewaktu perhimpunan. Entahlah. Mungkin Cikgu Jaafar nampak bakat seni dalam diri saya agaknya.
“Sejak itulah timbul minat untuk bermain alat muzik pula. Kalau tengok orang main, saya selalu berkata kalau aku main mesti lebih baik. Selepas belajar main harmonika, saya beralih pada biola. Nak beli tak mampu, saya buat biola daripada papan lapis. Kemudian pergi main dan buat latihan suara di dalam hutan,” ceritanya mengenai kesungguhannya untuk mendalami ilmu muzik.
“Akhirnya ayah pun menghadiahkan biola kepada saya. Bukan saja ayah, tetapi seorang pemain biola terkenal di kampung saya iaitu Cik Kemat turut memberikan saya sebuah biola setelah melihat kesungguhan saya dalam bidang muzik,”
Jasamu tak akan aku lupa Pak Rahim...
Tup ia Berdetip
Tadi ia berdetup
Berdetip pula
Dingin menghembus lagi
Teruja barangkali
melayan diri di kamar sendiri
Ingin terus begini
Layar dibentang
Sauh ditebar
Mau belayar meninggal waktu di situ
Kau tak terhingga dalam keadaan separuh sedar
Yang juga menjadi permintaanmu
Aku terus syahdu belenggu
Senyum membisu
Kadangkala aku ingin sendiri
Ia seperti begini
Tersisip rindu
Terselit salju
Bikin aku terus
Ya rindu
Tawa kau nun di sana
Sunyi aku hanya di sini
Pasti mau kau gembira terus
Lebat di luar
Bingit memecah gegendang deria
Menghias ritma halwa telinga
Pabila ia tiba
Aku jadi gembira
Hujan akhirnya
Kaku di sini
Alam juga yg kekal menemani
Senyum lah kau di sana
Kerna aku juga cuba tersenyum
05 : 16 a.m
05 Jun 2010
kamar ini syorga aku.
Berdetip pula
Dingin menghembus lagi
Teruja barangkali
melayan diri di kamar sendiri
Ingin terus begini
Layar dibentang
Sauh ditebar
Mau belayar meninggal waktu di situ
Kau tak terhingga dalam keadaan separuh sedar
Yang juga menjadi permintaanmu
Aku terus syahdu belenggu
Senyum membisu
Kadangkala aku ingin sendiri
Ia seperti begini
Tersisip rindu
Terselit salju
Bikin aku terus
Ya rindu
Tawa kau nun di sana
Sunyi aku hanya di sini
Pasti mau kau gembira terus
Lebat di luar
Bingit memecah gegendang deria
Menghias ritma halwa telinga
Pabila ia tiba
Aku jadi gembira
Hujan akhirnya
Kaku di sini
Alam juga yg kekal menemani
Senyum lah kau di sana
Kerna aku juga cuba tersenyum
05 : 16 a.m
05 Jun 2010
kamar ini syorga aku.
Thursday, June 3, 2010
Ini kisah mentari & bumi

Emas warnanya
Tatkala mata tersisip susuk mentari
Indah tak terperi
Mata ini seakan mati berkedip
Percikan emas menbanjiri si pohon hijau merembang
Di celah litup daun, muncul panahan mentari
Sisip kabus jelas terlihat
Aku yang tadi, kagum menatap
Detik di hati memuji kurnia penciptanya
Alam juga bisa berkata
Perlu antara satu
Aku jadi taksub
Memuja percintaan bumi dan mentari
Terus rasa seperti mahu sembah langsung ke bumi
Awan nan biru seakan berada di pentas
Mengorak lenggok tari
Si awan ada yang begitu, ada juga begini
Pelbagai rupa dan aksi dapat disaji
Tersingkap dikala aku kecil
Meneka bentuk apakah awan?
Kadang berupa bayi, naga, wajah seakan ternganga
Ahh kagum lagi
Hebat si awan menari
Sebentar tadi mata ini menjamu
Pohon-pohon yang sedia sujud paba bumi
Yang tak lagi bisa megah berdiri kembali
Kepentingan sebilangan manusia bongkak diri
Aku takut jika suatu hari nanti
Pohon merimbun akan terus mencium bumi
Tanpa bangun bangun lagi
Anak-anak akan datang tidak dapat nikmati
Akan indahnya alam ini
Yang suci tanpa dinodai
Bisik aku pada mentari
Oh mentari, sinar lah dikau sepanjang azali
Terangi setiap pelusuk bumi
Aku tersenyum dan berdoa agar mentari muncul lagi.
06 : 22 p.m
02 Jun 2010
Bas ke syorga.
Subscribe to:
Posts (Atom)